[Review] Kafe Akar Lima Kulim – Lima Bintang!

[Review] Kafe Akar Lima Kulim

 

Kali ni ingin menulis pasal sebuah kafe di Kulim.

Tempatnya agak tersorok. Tetapi tak susah untuk dicari.

Suasana kafe ini sangat memikat hati!

 

Namanya…

Kafe Akar Lima.

 

Kat mana? Untuk orang Kulim, masuk je simpang kiri lepas Pejabat Pos Kulim. Depan lagi dari sekolah cina.

Jumpa signboard ni belah kiri. Masuk kira-kira 100meter. Sampai.

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Atau nak lebih detail, ambil GPS coordinate ni. 5.356700, 100.554712. Anda sekarang berada di pintu masuk Kafe Akar Lima.

Kami terjumpa kafe ini beberapa hari lepas di FB.

Pantang melihat ramai yang rekemen, kami terus ke tempat kejadian.

Masuk je halaman kafe (baca: rumah)…

WAH! Lain dari lain ni.

Apa yang kami nampak ialah pokok manggis, rumah antik ala barat, buaian klasik, meja gedabak kat depan pintu rumah, dan tempat letak kereta yang LUAS.

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Gambar diambil dari FB Akar Lima. Mungkin agak lama. Suasana sekarang lebih cantik.

Mana meja makan? Abaikan. Parking kereta dulu.

Turun kereta, sambil ke meja makan, kami disambut mesra oleh krew Akar Lima.

First impression? Two Thumbs Up! Feel like home already. hehe.

Jom tengok menu. Terpampang di dinding rumah, menu ditulis-tangan di sebuah tingkap cermin klasik.

Kunjungan pertama, kami pesan Grilled Lamb dan Coconut Mango Milkshake.

Sambil menunggu pesanan tiba, Khadijah dah mula tarik tangan ayah untuk berlari di halaman. Ya, halamannya menarik setiap mata yang melihat.

Kami tertarik bila melihat kebun mini di tepi rumah. Terdapat ayam, itik dan beberapa petak tanaman.

Macam-macam ada, cabai, terung, pegaga, kubis, pudina, ulam raja, dan lain-lain.

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Kemudian kami bawa Khadijah bermain buaian klasik di bawah pohon manggis yang merimbun.

Buahnya pun dah banyak. Tunggu nak masak je. Agak-agak ada can tak nak merasa manggis tu sebelum puasa ni? 😉

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Khadijah, kambing dah sampai!

Jom makan!

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Grilled Lamb sangat sedap! Dihidang bersama ulam raja, kentang lenyek dan sos unik.

Kentangnya banyak, dagingnya lembut. Tak pernah tahu ulam raja juga sedap dihidang bersama kambing panggang.

Alhamdulillah..kunjungan pertama yang hebat!

************************

Selang beberapa hari, kami ke Kafe Akar Lima lagi. Ada orang mengidam. Tapi dia kata nak p sambut birthday Khadijah. Takpa, jom kita pergi. Ayahnya pun sebenarnya teringin nak makan kat situ lagi. 😛

“Welcome back!”

Sapaan mesra setibanya kami di Akar Lima.

Kali ni nak makan ayam pula. Kami pesan Grilled Chicken dan Date&Nutmeg Milkshake.

DAN sepotong kek! Coconut Cheese Chilled Cake. Tak berapa ingat namanya. Cuma yang saya tahu kek ni tidak dibakar.

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Laju je tangan si kecil tu. Tak sempat ayah nak snap gambar.

Kek sangat sedap. Mengalahkan kek Resepi Rahsia. Ya, harganya pun lagi mahal.

Kek sejuk yang enak, dimakan bersama milkshake, pada pukul 4 petang yang panas. Memang tak terkata.

Tak lama sampai pula grilled chicken. Tak sempat ayah&anak nak bermain buaian.

 

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Daging ayam sangat lembut. Rempah ratus membangkitkan lagi selera kami.

Kali ini ulam raja digandingkan bersama ulam pegaga.

Fuh. Kene rasa sendiri ya. Kami tak reti nak cerita tahap kesedapannya.

Yang lebih menarik, ayamnya adalah ayam organik yang dibela sendiri di kebun mini di sebelah rumah.

Dibela secara tradisional. Kami sentiasa mencari ayam sebegini. 🙂 Tahniah krew Akar Lima!

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Beginilah suasana tenang kafe Akar Lima pada pukul 4.30petang, hari bekerja.

Tiada pengunjung lain, sempatlah kami berbual sebentar bersama krew Akar Lima.

Silaturahim bertambah erat.

 

Cukup dulu review buat kali ini.

Sehingga berjumpa lagi!

 

Lain kali nak cuba pasta dan kek lain pulak. Dan telur itik! ^_^

-SaifKhalid-

 

Related posts:

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *