[Review] Nissan Almera – kereta keluarga jimat minyak

 [Review] Nissan Almera – kereta keluarga jimat minyak

 

Assalamualaikum w.r.t.

Baiklah, setelah beberapa bulan memandu Nissan Almera, teringin pulak nak bagi review sikit.

Overall, kami sangat berpuas hati menaiki Almera. Worth every penny of it. Chewah. Yela, Almera ni kalau tak silap kami, ialah yang termurah dalam kelasnya. (untuk kereta import la)

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Alputih ^.^

Dah pakai hampir 5 bulan, odometer sekarang menjangkaui 7300km. Memang tak jauh mana sebab kami bekerja dari rumah. 🙂 Pakai buat balik kampung je yang buat odo bertambah banyak.

Tahap keselesaan…sangat selesa, walaupun hanya pakai kerusi fabrik. Pernah sekali drive 120kmh, tiba2 mertua sound, “Kenapa bawak slow sangat ni, bawak 90 je ke?”. Sekali dia tengok meter dah 120. Cabin insulation dia thumbs up. Noise dari enjin, persekitaran & angin sangat minimum.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Posisi kerusi pemandu pada setting paling belakang. Legroom belakang masih sangat luas.

Saya suka set kerusi jauh2 time memandu supaya pemanduan lebih selesa dan santai. Jauh mana? Kalau nak tekan pedal sampai rapat, harus melunjur kaki ke depan sepenuhnya. Ketinggian saya hampir 6 kaki. Isteri saya memang tak sampai kakinya kalau guna posisi pemanduan saya.

Ok next, speaker – not bad at all. I’m not an audiophile though. -.-‘

Ruang belakang yang amat luas. Kadang-kadang terfikir nak letak meja sebijik kat ruang kaki tu. Haha. Keluasan boot belakang juga sangat luas.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Posisi kerusi pemandu hampir rapat ke depan.

Minyak? Masa raya puasa baru ni, perjalanan dari Kulim ke Sg. Buloh menelan minyak sebanyak ~RM47.

Camana kami sukat? Begini, di awal perjalanan, kami isi full-tank. Bila sampai je Sg. Buloh, isi full-tank lagi sekali. Isian semula sampai nozzle terjetak menunjukkan nilai RM47 di pam minyak. Rasanya ok la kut cara kira camni.

Perkiraanya, jarak perjalanan 342km. Minyak RM47. (harga minyak semasa bagi RON95 ialah RM1.90)

= 7.23L/100km

* nota: kelajuan pemanduan sekitar 100kmh ke 150kmh

Kalau maintain ~110kmh pasti jauh lebih jimat.

Bila banding dengan Perodua Viva 1.0L. Pengalaman kami memandu Viva, kelajuan purata 90-120kmh, kami dapat 6.57L/100km. Quite good la banding dengan keselesaan dan keluasan Almera.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Ruang boot belakang.

 

Cuma satu benda nak kena bgtau, stereng elektronik Almera tersangatlah ringan. Jadi kalau nak potong lori treler atau bas, pastikan pegang stereng kuat-kuat.

 

Kos Servis

Servis pertama (1000km) dan kedua (5000km) masing-masing hanya menelan belanja RM115. Walaupun tak dapat free macam pengeluar-pengeluar lain, tapi takde la mahal pun kan.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Happy little girl~

Tempat mainan Khadijah – di tempat letak tangan penumpang belakang. 😀

 

Proses Pembelian

Proses membeli Almera hari tu sangat cepat. Total hanya 2 minggu! Minggu pertama settle loan, dan minggu kedua dah dapat kereta.

Rezeki kami dapat berjumpa dengan salesman yang berdedikasi. Ramah orangnya. Sampai sekarang masih in-touch. Bukan pasal kereta je, macam-macam benda kami sembang. Kalau siapa-siapa nak beli Almera atau adik-beradik Nissan yang lain, bolehlah contact kami untuk berurusan dengan beliau.

 

Sekian. Selamat memandu dengan cermat!

SaifKhalid

Related posts:

29 comments

  • comel plk gmbar khadijah tersengih tu! geram!

  • kalo belakang dia cun da lama da angkat almera. Skang ni pakai VIos. Syukur

  • adoiii… terbekenan pulak dah, huhu~

  • Pingback: [Review] Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i - Ummu Khadijah | Ummu Khadijah

  • as salam,

    kami berminat nak beli almeera. ni kereta pertama kami. was2 tu banyak, xde pglaman kn. boleh consult? terima kasih.

  • Salam. Nk tnya awk da buat service almera untuk 40 k KM x? sy call tnye service centre hrtu cost rm 1200++ , bapak gler mahal. Mase bli dulu, inform service affordable..skrg mmg cekik darah.

    • W’salam.. Almera kami baru 32Mm. So tak servis lagi yg 40Mm.
      Fuh mahal camtu ke. Nanti kami cek dengan nissan service centre.
      Tapi dah boleh start saving dari sekarang. 🙂

  • Salam akak. Boleh emailkan kita no sales advisor nissan yg akak beli? Email: addilah134@gmail.com

  • Alhamdulillah keta ni mmg yg ckup slesa utk long travel tapi yg pnting stereng mmg kna jga2 msa selekoh tajam…ringan sgt tp ada cara bg berat balik kan….yg servis 40k odo tu btul ke rm1400 ++…mahal jgk ya…dh cm insurans dh…

  • Saya berminat dengan Nissan Almera ni. Tengok hari ahad lepas kat shopping mall. Apa nombor contact salesman yg berdedikasi tu? Nak pendapat beliau.

    Terima kasih.

  • Utk ODO 40km….sy tgok dlm nissan page hanya RM 625.70 +/-…sila refer link ni http://www.tceas.com/pdf/2015/PMS_WM_2015.pdf

  • Salam,
    Saya pun baru beli almera. Alhamdulilah, sangat berpuas hati setelah begitu lama memandu kereta nasional. Terasa kelainannya. Cuma nak tahu juga pandangan encik,
    1. pemanduan ketika hujan kedengaran kuat tak bunyi percikan air di celah tayar belakang?
    Harap encik boleh kongsikan 🙂

  • Pingback: DIARI PILIHAN KERETA (II) : NISSAN ALMERA | Perspektif

  • Salam…hari ini 1st servis buat almera…dah telan rm177…kata salesman..servis free…setakat ni selesa dengan almera tp…setiap kali start on a/c bunyi “krek”…setiap kali lepas brek nak jalan…brek ade je bunyi bising…

    • W’salam.. Mungkin ada problem kat mana-mana tu. Sebab baru tadi saya cek dengan service centre, 1st service RM140. Dia dah naik skit banding waktu saya servis dulu.

      Berkenaan free servis, saya tak pernah dengar ada free servis untuk Almera. Tuan Manz cuba semak balik dengan salesman tersebut.

      Aircond memang standard akan berbunyi masa kita on. So far saya dan kawan-kawan empunya Almera tiada masalah.

      Brek pula, dia berbunyi sejak awal beli dulu atau selepas servis baru-baru ni? Sepatutnya tak berbunyi. Saya sarankan agar tuan refer kepada service centre.

      Roger and out.

  • Nanti kalau nak cari tayar pula, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

  • salam owner blog.
    Saya dapat blog ni dari google sebab nak tahu review owner kereta almera sebab cadangnya nak beli..( actually dah booking dah pun ).
    So far macam mana penggunaan kereta ni sampai sekarang?
    ada major problem ?

    terimakasih

    • W’salam iskandar daud.
      Terima kasih kerana meninggalkan komen.

      “Tiada kereta yang sempurna pada harga mampu milik.” Chewah..

      Masalah tu ada. Tapi cepat-cepat ke pusat servis dan baiki atau tukar part sementara masih dalam tempoh waranti 3 tahun Nissan.

  • Salam. Saya juga mmg sdg mencari almera fn sales person yg boleh berunding.. boleh saya.dpt kn contact no sales person tu? Boleh email ke email saya? Marfiezahiera.14@gmail.com t.ksih ye

  • Assalamualaikum tuan punyer blog…saya brkira2 nk beli Nissan Almera jgk…tp btul ker Nisaan ade rebet utk promotion lps raya…saya ade trbace itu hari….lg satu fuel comsumption latest pnyer Almera mcmmane…

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana menulis di sini.

      Tatkala saya bukanlah penjual kereta Nissan, maka tiadalah saya ketahui apakah Nissan mengadakan rebet promosi lepas raya. Tuan boleh hubungi penjual yang berkenaan.

      Adapun mengenai penggunaan bahan api untuk Almera terbaru juga tiada dalam pengetahuan saya, kerana Almera yang saya bawa sehari-hari adalah Almera generasi pertama.

      Sekian.

  • Assalamualaikum tuan…berapa beg besar boleh masuk dlm bonet almera ye? Terima kasih

    • Wa’alaikumussalam..
      Kalau ikut saiz beg travel keras yang ada 3 beranak macam dalam GoShop tu, beg besar 24″ boleh letak 2 biji. Kalau guna beg yang sederhana besar tu boleh masuk 3 biji dlm susunan menegak sisi.

Leave a Reply to zeti Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *