[Review] Restoran Nasi Arab Mendy Al-Hambra Kulim

[Review] Restoran Nasi Arab Mendy Al-Hambra Kulim

 

Yay! Ni restoran kedua yang kami akan bagi review di ummukhadijah.com.

Sebelum ni Review Kafe Akar Lima – sebuah kafe bercirikan makanan barat.

Kali ni restoran nasi arab pula.

 

Restoran ni adalah antara restoran kegemaran kami di Kulim. Setakat ni rasanya dah dekat 30 kali kami makan di sini.

 

Namanya…. Al-Hambra.

Restoran Nasi Arab Mendy Al-Hambra. Terletak di Kulim Avenue. Berdekatan Kelang Lama dan Kulim Hi-Tech.

Secara tepatnya, berada di kedudukan GPS 5.389410, 100.572006. (Telah disahkan tepat dengan Google Maps)

 

Review Nasi Arab Mendy Al-Hambra Kulim

 

Nasi Arab Yang Konsisten

 

Kami selalu makan di Al-Hambra kerana Nasi Arab Mendynya konsisten. Dari pertama kali makan, sampai sekarang, memang sedap pada citarasa kami.

Setakat yang kami pernah rasa di Kulim, Al-Hambra adalah tempat makan Nasi Arab yang paling best!

Nasi Mendy Al-Hambra ada 2 pilihan, antara ayam atau kambing.

Ayam yang digunakan ialah Ayam Hijrah. Ya, anda boleh makan tanpa rasa bersalah! ^^

Ayamnya lembut, kambing pun lembut! Rempahnya cukup rasa.

*Kalau nak beli Ayam Hijrah frozen yang belum masak pun ada jual.

Nasi Mendy dihidangkan bersama sup panas, sambal dan salad timun tomato.

Kami anak-beranak 3 orang suka makan dalam talam, duduk di bucu meja. Kan lebih mesra gitu. Hihi.

 

Review Nasi Arab Mendy Ayam Al-Hambra Kulim

 

Review Nasi Arab Mendy Kambing Al-Hambra Kulim

 

Harganya juga sangat berpatutan. RM10 untuk ayam, dan RM13 untuk kambing.

 

Review Nasi Arab Mendy Ayam Talam Al-Hambra Kulim

 

Selain itu, Al-Hambra ada Ayam Goreng YFC. Rasanya sedap! Dihidangkan bersama coleslaw, mashed potato dan fries, bersama sos lada hitam.

 

Review Ayam Goreng YFC Al-Hambra Kulim

 

Mihun Sup Kambingnya sukar dilepaskan. Sup panas, campur dengan isi kambing yang banyak, memang sedap. (Kecur liur saya masa tulis entri ni)

 

Kenapa kami sukakan restoran ini?

Selain makanannya yang sedap, restoran ini suasananya kondusif. Ada air-cond, dan pintu cermin yang tinted gelap. Juga tidak sesak dengan manusia. Kami selalu letakkan anak kami di atas meja, baring bersama bantal dan kain alasnya. Kami kira cukup bersih jika datang bersama anak kecil. Sesiapa yang nak merokok pula akan duduk di meja luar.

 

Last skali…lepas habis makan Nasi Arab, Mihun Sup Kambing dan Ayam Goreng YFC, hidangan wajib terakhir kami ialah Teh Tarik Arab. Slurrrp. Terbaik!

Teh Tarik Arab dicampur daun pudina, buah pelaga dan bunga cengkih. Jika anda suka makan daun pudina, jangan lupa pesan supaya tidak dibuang daunnya. Kami suka makan daun pudina. Rasa segar. Khadijah panggil daun tu SAYUR. Kira OKlah. Haha.

 

Review Al-Hambra Kulim Teh Tarik Arab

 

Kalau ada anggota keluarga atau kawan yang tak makan nasi arab, Al-Hambra juga hidangkan Chicken Chop, Lamb Chop, Mee Udang, dan Satay Al-Hambra.

 

Ok, itu saja ulasan dari kami yang suka makan nasi arab.

Kalau anda ada tempat makan sedap yang boleh rekemen, sudilah komen di bawah ya. 🙂

Jom makan nasi arab!

 

 

-SaifKhalid-

 

p/s: Opss..terlajak pulak makan kambing dengan lemak-lemaknya. Sedap sangat! 😉 Jangan lupa telan OmegaGuard ya!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *