Seronok Keluarga Ramai Anak?

Keluarga Ramai Anak. Seronok?

 

Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar. Agak besar bagi masyarakat Malaysia alaf 21 ini.

9 beradik.

Saya nombor empat.

 

Sejak kecil, makan malam meja mesti keliling penuh.

Sebelum makan atas meja pinggan masing-masing, kami makan keliling talam.

 

Kami diajar untuk makan apa yang dekat dengan kami dahulu.

Lepas-lepas tu baru ambil lauk di sebelah sana talam.

Begitu juga bila makan di meja. Adab mesti dijaga.

 

Makan dalam talam apa yang seronoknya?

Makan secepat mungkin untuk elak dari tugas basuh talam. Haha, saya tahu anda juga begitu. 😛

Tapi tu perangai masa kecil je. Bila dah besar, “Ada aku kisah kalau kena basuh talam?”

**************

 

Petang-petang kami selalu main sama-sama di halaman rumah. Boleh buat 2 pasukan bola sepak, tak pun 2 pasukan bola kaki tiga. Satu pasukan ada dua-tiga orang pun jadilah. Hehe..

Kejar-kejar? Police Entry? Lagi la boleh.

bola kaki tiga seronok keluarga ramai anak

 

Cuma yang kurangnya, kami jadi kurang bermain dengan jiran-jiran. Yelah, main skateboard pun dengan abang-abang je dalam compound rumah. ^_^

 

*************

 

Bila nak raya, shopping memang perlukan stamina tinggi.

Mana tak nya, lepas sorang, sorang pulak cari, acu, try, test baju & seluar & kasut masing-masing.

Nak bertebaran serentak masing-masing cari baju, takut hilang atau jadi apa-apa je.

Nak keluar shopping by batch, tak syok pulak. -.-”

 

*************

 

Balik kampung, atau berjalan ramai-ramai ke tempat yang jauh, kena bilang sorang-sorang.

Masing-masing sebut. Yang sulung jerit 1, adiknya sebut 2, sampai habis semua sebut nombor.

Kalau semua berbunyi kira ok lah. Kalau takda bunyi, kena cari la kut ada bawah kerusi van. Eh?

 

Jangan pulak ada yang terlebih ‘rajin’, tolong sebutkan nombor orang lain.

Ada sekali tu masa balik raya. Kami singgah di satu restoran. Lepas habis makan, saya terpaksa ke toilet, qadha hajat.

….

Bila keluar je….. “Eh, mana semua orang ni? Meja makan tadi dah kosong?!”

Tengok lot parking, van pun dah takda. Alamak.

Duit raya pulak dah serah kat ummi sebelum bertolak tadi, sebab takut hilang.

Sekarang, apa pun takda. Macamana nak telefon abah?

 

AKU KENA TINGGAL!!!

 

Tunggu punya tunggu…nak nangis pun ada. Tiba-tiba van abah kembali. Semua muka dalam van excited tengok luar, mencari adik-beradik yang tertinggal, macam kat safari nak tengok zirafah. Ahahaha!

Fuh, selamat.

“Ni mesti tadi ada yang ‘rajin’ tolong sebutkan nombor aku,” saya mengumpat dalam hati.

 

Seronok Keluarga Ramai Anak?

 

Lagi, kemas rumah dah macam kat sekolah. Ada duty roster.

Setiap seorang ada tugas masing-masing untuk setiap hari.

Semua tugas dibahagi sama rata. Antara tugasnya sapu lantai ruang tamu, ruang makan, bilik study, kemas dapur, kemas depan rumah. Apa lagi ye? Lupa pulak.

 

Lipat baju kami buat ramai-ramai. Sekejap pun boleh habis.

 

**************

 

Adik-beradik ramai seronok juga pergi camping. Dah macam camping sekolah. Gotong-royong kemas tempat perkhemahan, sama-sama pacak khemah, memasak, dan mandi sungai/pantai.

 

khemah seronok keluarga anak ramai

 

*************

 

Apa lagi ya? Lama pula kalau nak flashback zaman muda-muda dulu. Hehe.

Cukup dulu kut buat kali ni.

 

Apa-apa pun, saya rasa bersyukur pada Allah atas kurniaan ini.

Alhamdulillah.

Banyak perkara dapat saya pelajari dari ‘kes’ adik-beradik ramai ni.

Kita belajar untuk berkongsi, tak mementingkan diri, dan selalu memikirkan orang yang di belakang kita.

Dan kita juga belajar untuk mengalah. Ya, ada kala kita perlu mengalah.

Mungkin ada perkara yang lebih baik menanti bila kita utamakan orang lain.

 

 

Sekian. Marilah kita meramaikan umat Muhammad. (yang berkualiti OK? 😀 )

 

-SaifKhalid-

Related posts:

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *