Tag Archives: alahan

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Alahan semasa hamil. Ada yang rasa, ada yang tidak. Rata-rata kawan-kawan saya 80% mengalami alahan ketika hamil. Macam-macam alahan yang dialami. Ada yang sukar untuk ditanggung, ada yang dapat diatasi dengan mudah. Begitulah cabaran bakal ibu. Semoga Allah memberi ganjaran yang hebat buat para ibu di dunia ini.

Saya sendiri mengalami alahan selama 6 bulan ketika hamil anak sulung. Untuk anak kedua, saya alah selama 4 bulan. Memang lemah longlai. Muka nampak letih sahaja. Tak bermaya. Tapi, jiwa tetap kental membawa bayi kecil dalam perut ini. 🙂 Indah dan manis sangat saat mengandung. Percayalah, anda akan rindu keadaan ini selepas beranak.

 

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil sick-woman-morning-sickness

 

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

 

1) Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit

Makan kerap. Bila anda lapar, makan sahaja. Tak perlu nak tunggu masa lunch, baru nak makan. Bawa makanan yang senang dibawa seperi biskut dan roti bersama anda.

 

2) Elakkan makan makanan yang pedas dan bergoreng

Makanan yang bergoreng, berlemak dan pedas dapat membuatkan anda rasa loya dan mual. Anda rasa nak muntah. Elakkan lah.

 

3) Banyakkan minum air kosong

Disebabkan anda selalu muntah, bendalir dalam badan berkurang. Jadi, kerap minum air kosong supaya badan anda tidak dehydrate. Air kosong juga dapat memberi kesegaran kepada badan anda.

 

4) Elakkan dari bau yang membuat rasa mual

Ada sesetengah orang, bau nasi hampir masak membuatkan dia rasa mual. Ada yang bau suami pun tak boleh, rasa nak muntah. Macam-macam kerenah yang saya pernah dengar. Saya juga pernah alah dengan bau makanan bergoreng. Memang tak tahan. Sampaikan saya tak masak sepanjang mengalami alahan. Hehe…

 

5) Elakkan perut kosong

Bangun awal pagi, terus makan biskut atau roti. Ini memang dapat mengurangkan rasa mual. Bila perut kosong dan berangin, mulalah ‘ombak’ mual akan datang. Jadi, jangan biarkan perut anda kosong. Makan sebijik tamar setiap pagi pun bagus. Dapat memberi tenaga segera kepada kita.

 

6) Kurangkan aktiviti yang menambah rasa mual

Contohnya jika anda menonton televisyen menyebabkan anda rasa mual. Anda tak perlu tonton televisyen. Kurangkan aktiviti tersebut.

 

7) Makan buah-buahan

Ada petua orang tua mengatakan memakan epal hijau dapat mengurang rasa mual. Anda mungkin boleh cuba.

epal hijau

 

8) Makan benda masam

Ini memang sinonim dengan ibu hamil. Mengandung dan makan benda masam memang bersahabat baik. Namun, saya bukan jenis yang suka makan asam dan benda-benda masam. Saya makan juga ketika mengalami alahan. Ianya memang berkesan. Cumanya saya kurang berminat. Anda yang suka masam, boleh buat stok asam banyak-banyak. Hehe..

asam boi

 

9) Mengambil suplemen

Anda juga boleh mengambil suplemen seperti Peppermint Ginger Plus Shaklee. Ianya dapat membantu masalah alahan ini. Ianya dapat memberi kelegaan kepada perut anda sekaligus mengurangkan rasa loya. Anda boleh dapatkan Peppermint Ginger Plus di sini.

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil peppermint-ginger-plus-digestionPeppermint-Ginger Plus, 90 tablet, RM45.00

 

10) Berada dalam keadaan selesa

Pastikan persekitaran anda selesa. Udara yang bersih. Pakaian yang selesa. Anda akan rasa lebih tenang dalam keadaan yang selesa. Tak usahlah ke tempat-tempat yang sesak, panas dan tidak bersih. Ini boleh menambahkan rasa mual anda.

 

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Para suami seharusnya banyak bersabar dan memahami keadaan isteri ketika hamil. Fahamilah keadaan mereka yang sedang mengandungkan anak. Isteri sangat memerlukan perhatian dan sokongan suami semasa hamil. Jangan suami pulak yang loya dan muntah. Terbalik kod! 😉