Tag Archives: Almera

[Review] Nissan Almera – kereta keluarga jimat minyak

 [Review] Nissan Almera – kereta keluarga jimat minyak

 

Assalamualaikum w.r.t.

Baiklah, setelah beberapa bulan memandu Nissan Almera, teringin pulak nak bagi review sikit.

Overall, kami sangat berpuas hati menaiki Almera. Worth every penny of it. Chewah. Yela, Almera ni kalau tak silap kami, ialah yang termurah dalam kelasnya. (untuk kereta import la)

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Alputih ^.^

Dah pakai hampir 5 bulan, odometer sekarang menjangkaui 7300km. Memang tak jauh mana sebab kami bekerja dari rumah. 🙂 Pakai buat balik kampung je yang buat odo bertambah banyak.

Tahap keselesaan…sangat selesa, walaupun hanya pakai kerusi fabrik. Pernah sekali drive 120kmh, tiba2 mertua sound, “Kenapa bawak slow sangat ni, bawak 90 je ke?”. Sekali dia tengok meter dah 120. Cabin insulation dia thumbs up. Noise dari enjin, persekitaran & angin sangat minimum.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Posisi kerusi pemandu pada setting paling belakang. Legroom belakang masih sangat luas.

Saya suka set kerusi jauh2 time memandu supaya pemanduan lebih selesa dan santai. Jauh mana? Kalau nak tekan pedal sampai rapat, harus melunjur kaki ke depan sepenuhnya. Ketinggian saya hampir 6 kaki. Isteri saya memang tak sampai kakinya kalau guna posisi pemanduan saya.

Ok next, speaker – not bad at all. I’m not an audiophile though. -.-‘

Ruang belakang yang amat luas. Kadang-kadang terfikir nak letak meja sebijik kat ruang kaki tu. Haha. Keluasan boot belakang juga sangat luas.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Posisi kerusi pemandu hampir rapat ke depan.

Minyak? Masa raya puasa baru ni, perjalanan dari Kulim ke Sg. Buloh menelan minyak sebanyak ~RM47.

Camana kami sukat? Begini, di awal perjalanan, kami isi full-tank. Bila sampai je Sg. Buloh, isi full-tank lagi sekali. Isian semula sampai nozzle terjetak menunjukkan nilai RM47 di pam minyak. Rasanya ok la kut cara kira camni.

Perkiraanya, jarak perjalanan 342km. Minyak RM47. (harga minyak semasa bagi RON95 ialah RM1.90)

= 7.23L/100km

* nota: kelajuan pemanduan sekitar 100kmh ke 150kmh

Kalau maintain ~110kmh pasti jauh lebih jimat.

Bila banding dengan Perodua Viva 1.0L. Pengalaman kami memandu Viva, kelajuan purata 90-120kmh, kami dapat 6.57L/100km. Quite good la banding dengan keselesaan dan keluasan Almera.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Ruang boot belakang.

 

Cuma satu benda nak kena bgtau, stereng elektronik Almera tersangatlah ringan. Jadi kalau nak potong lori treler atau bas, pastikan pegang stereng kuat-kuat.

 

Kos Servis

Servis pertama (1000km) dan kedua (5000km) masing-masing hanya menelan belanja RM115. Walaupun tak dapat free macam pengeluar-pengeluar lain, tapi takde la mahal pun kan.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Happy little girl~

Tempat mainan Khadijah – di tempat letak tangan penumpang belakang. 😀

 

Proses Pembelian

Proses membeli Almera hari tu sangat cepat. Total hanya 2 minggu! Minggu pertama settle loan, dan minggu kedua dah dapat kereta.

Rezeki kami dapat berjumpa dengan salesman yang berdedikasi. Ramah orangnya. Sampai sekarang masih in-touch. Bukan pasal kereta je, macam-macam benda kami sembang. Kalau siapa-siapa nak beli Almera atau adik-beradik Nissan yang lain, bolehlah contact kami untuk berurusan dengan beliau.

 

Sekian. Selamat memandu dengan cermat!

SaifKhalid