Tag Archives: baby

Baby Makan Sayur

Assalamualaikum, dan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

Hari ni kami nak kongsi sikit apa makanan anak kami yang berusia ~1tahun 3bulan.

Ayah Khadijah dah latih Khadijah untuk makan apa sahaja. Yang paling penting – pelawas. Supaya nanti besar xdelah dia memilih sangat. Bapak dia ni pun memang pemakan sayur dan ulam tegar. 🙂

Akhir-akhir ni Khadijah sangat suka makan asam pedas. Kalau suap selain asam pedas memang susah nak dapat habiskan sepinggan nasi. Tapi bila masak asam pedas, mmg dia duduk depan kita je, tak lari mana dah. Tau-tau dah habis sepinggan.

Jadi terpaksalah kami kurangkan kepedasan asam pedas tu kepada tahap minima. Ye la kan, kesian tengok anak kecik sip-sip kepedasan. Nanti perut pun senang sakit kalau pedas-pedas.

Nak tengok makanan Khadijah?

Tadaa…

Khaidjah makan sayur

Antara makanan rutin Khadijah

 

Agak normal untuk Khadijah makan macam ni.  Tomato feveret dia. Kadang-kadang blh mkn sampai 2 biji skali makan. Bendi pun sama.

Kangkung celur dia boleh ratah. Kita pun nak kena cicah sambal belacan baru boleh jalan. haha..

Alhamdulillah..Khadijah stakat ni xda skip buang air besar. Once dia dah selesai qada hajat, dia akan cakap kat kita, “itak!” Cerdik sungguh!

Jadi kepada semua yang nak kan anak tak jadi picky eater, rajin-rajinlah makan sayur dan apa sahaja yang berkhasiat depan anak-anak. Supaya dia tengok kita makan, dia pun akan makan sama. Dan latih awal2. InsyaAllah xda masalah. Sekejap je baby boleh adapt.

Until next time. Selamat datang September! 😀

Makanan Untuk Anak (Solid Food)

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ni saya nak kongsi tentang makanan yang kami berikan kepada anak kami, Khadijah.

Tak tau la orang lain buat macam ni ke tak, tapi saya sangat tekankan apa yang masuk ke dalam perut anak kami. Yang paling penting, makanan tersebut mestilah berprinsip pandang ke hadapan, iaitu mudah untuk dikeluarkan dari usus. Dalam bahasa mudah, setiap hidangan mestilah mengandungi serat yang cukup.

High Fiber serat tinggi ummukhadijah

Saya yakin bahawa bayi yang tidak sembelit akan menghasilkan bayi yang sihat, aktif dan riang!

Alhamdulillah, setakat ni, Khadijah akan poo-poo tak kurang dari 2 kali sehari. Kadang-kadang 4-5 kali. Letih tu memang la letih. Kita ibu-ayah ni nak kena rajin lebih la cuci berak anak kalau nak anak membesar dengan gembira, ye tak?

Apa yang saya masukkan dalam makanan dia? Mungkin ramai yang terkejut, especially golongan datuk-nenek. 😉

Selepas penyusuan eksklusif selama 6 bulan, kami masakkan Khadijah moi (bubur dalam bahasa Kedah) daripada beras perang organik yang ditambah 2-3 biji tamar. Tamar adalah buah yang sangat tinggi serat.

Sebulan dia makan moi tamar, bulan berikutnya dia mula makan moi bersama sayur-sayur lain. Antaranya karot, kangkung, bayam, kubis bunga, brokoli.

Masa umur Khadijah hampir setahun, dia mula menyukai sayuran. Kangkung (pelawas yang bagus) celur dia ratah macam tu je. 🙂 Kalau bagi nasi goreng yang ada sayur pun, mesti dia akan kutip habiskan sayur2 dulu.

Khadijah di usia 8 bulan

Khadijah di usia 8 bulan

Sekarang umur Khadijah dah 1 tahun 2 bulan, hampir semua sayuran yang saya makan, Khadijah pun makan sama. Kacang bendi feveret dia. 4-5 batang boleh dia sapu licin dalam 1 meal.

Kalau makan moi dengan ikan atau ayam, moderate fiber pun dah cukup. Tapi kalau makan dengan daging, saya akan pastikan Khadijah makan extra serat. Sayur mesti taruk banyak2. Sebab daging sangat susah dan sangat lama untuk dihadam.

Pasal terlebih lawas saya tak risau, sebab makanan mesti akan diproses selama 12-13 jam dalam perut dan usus kita. Jadi dalam tempoh tu, semua zat yang boleh diserap akan diserap, manakala serat akan dibuang bersama tinja.

Fokus utama: makan serat cukup-cukup, minum air secukupnya. InsyaAllah tiada masalah penghadaman.

 

Okey, cukup celoteh saya untuk kali ni. Jumpa lagi!