Tag Archives: bayi

Menjaga dan Menyusu Bayi Pramatang

Saya ingin berkongsi kisah benar sahabat saya. Dia telah melahirkan anak pramatang (premature) pada 31 minggu kehamilan. YA!!! Reaksi pertama saya, 31 minggu???? Awalnyaaaa baby keluar. Macam-macam fikir macam mana baby akan survive lepas keluar dari perut ibu.

Sebelum itu, anda boleh tonton video di bawah mengenai seorang ibu yang melahirkan bayi pramatang yang mendorong beliau lebih kuat dan hebat!

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Kisah sahabat saya ini memang satu kisah yang menakjubkan! Saya tak pernah dengar lagi kisah bayi pramatang pada usia 31 minggu. Selalu dengar yang 34 , 35 minggu.

day1

 

Menjaga dan Menyusu Bayi Pramatang

Kisahnya bermula……..

Sahabat saya merupakan seorang doktor di salah sebuah hospital kerajaan di Kedah. Dia dan suami PJJ (perkahwinan jarak jauh). Empat hari sekali suaminya akan pulang ke rumah. Sehari sebelum beranak, sahabat saya mengalami pendarahan. Dia drive sendiri ke hospital memandangkan dia tidak rasa sakit. Perkara yang paling ditakuti adalah jika kandungannya mengalami abruptio placenta iaitu placenta terlepas dari uterus. Ini boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang dikandung.

Semasa di wad keesokan harinya, sahabat saya mengalami pecah ketuban. Kemudian, sahabat saya terpaksa menjalani pembedahan caesarean. Alhamdulillah bayi selamat dilahirkan dengan berat 1.58kg. Bayi ini lahir dengan sempurna (good apgar score). Jadi, bayi tidak perlu masuk tiub di trakea (kerongkong). Ada sesetengah keadaan di mana bayi pramatang akan dimasukkan tiub melalui trakea mereka.

Masalah yang dihadapi dalam menjaga dan menyusukan bayi pramatang:

 

1) Bayi tak cukup berat

Bayi sahabat saya lahir dengan berat hanya 1.58kg. Untuk didukung pun alahaiii keciknya. Seriau rasa nak dukung kan? Memang comel cinonet je bayi terutama yang lahir premature ni. Bayi pramatang selalunya diletakkan di dalam incubator kerana suhu didalam incubator menyamai susu dalam kandungan ibu. Ini dapat membantu memastikan berat badan bayi tidak berkurang.

 

2) Feeding intolerance

Feeding intolerance bahasa mudahnya adalah keadaaan di mana bayi pramatang ni menerima makanan yang diberi untuk dia. Bagaimana dia nak terima makanan tersebut tanpa sebarang komplikasi seperti masalah pernafasan, jangkitan dan lain-lain. Makanan di sini merujuk kepada susu ibu. Di sini ada satu artikel yang lengkap mengenai feeding intolerance untuk bayi pramatang. —> klik di sini

 

3) Bayi tinggal berasingan dengan ibu

Sahabat saya berpantang di rumah manakala bayinya berada di hospital. Bayi pula perlu dimasukkan ke dalam incubator. Ini memang satu cabaran yang besar bagi seorang ibu.

 

4) Bayi sering muntah selepas menyusu

Bayi senang jeluak selepas menyusu terutamanya bagi bayi pramatang. Ini kerana injap di bahagian atas perut bayi belum matang sepenuhnya dan lemah. Untuk bacaan yang lebih mengenai bayi kerap muntah selepas menyusu, anda boleh klik di sini —> klik di sini

 

5) Mudah mendapat jangkitan

Bayi pramatang lebih mudah mendapat jangkitan seperti jangkitan paru-paru. Hal ini kerana badan mereka yang masih lemah untuk melawan penyakit.

nicu

 

Tips menghadapi cabaran menjaga dan menyusukan bayi pramatang :

 

1) Susu ibu untuk tambah berat bayi!!

Ya. Inilah makanan terbaik untuk bayi. Sahabat saya mengepam susu hari-hari untuk dihantar kepada anaknya di hospital. Setiap hari, sahabat saya menghantar 10 bekas dadih susu ibu kepada anaknya. Setiap 3 jam, anaknya diberi susu melalui syringe. Berat badan anaknya semakin hari semakin bertambah.

 

2) Beri masa untuk bayi

Beri masa untuk bayi terima susu kita. Jangan dipaksa-paksa. Seperti sahabat saya ini, hari kelima baru anaknya dapat menerima susu ibu. Dan susu diberikan melalui syringe. Sedikit demi sedikit. Alhamdulillah membesar dengan sihat.

 

3) Skin-to-skin

Memang agak sukar untuk room-in dengan bayi pada awal kelahiran kerana bayi di ward lain. Ibu pula berpantang di rumah. Skin-to-skin dapat mengeratkan lagi bonding antara ibu dan anak. Bayi akan rasa secure dengan warmth yang dia dapat bila diletakkan di atas dada ibu. Berat bayi pun boleh bertambah dengan cepat! Sahabat saya dapat room-in dengan bayinya selepas bayinya berada di NICU selama 33 hari. Setelah room-in bersama, sahabat saya dapat menyusu bayinya dan selepas itu metakkan bayinya di atas dada. Berat badan bayinya naik dengan cepat! Seminggu sahaja beratnya naik sama seperti 5 minggu kenaikan berat semasa tinggal berasingan di wad. Hebat bukan kuasa bonding ibu dan anak ini??

 

4) Sendawakan bayi selepas menyusu

Sendawakan bayi selepas menyusu dapat membantu bayi dari muntah selepas menyusu. Boleh baca teknik sendawakan bayi di sini. Selepas menyusu, jangan terus letakkan bayi di atas tilam. Tidurkan bayi pada posisi mengiring. Sendal bantal di belakang badan bayi. Jika bayi muntah, bayi tak tertelan semula muntahnya.

 

5) Sabar dan positif menyusukan bayi

Ibu mesti terus sabar dan positif dalam menjaga bayi pramatang. Datkan ilmu penyusuan yang lengkap. Baru kita tak stress. Bayi pramatang khasnya sangat memerlukan susu ibu kerana susu ibu lebih mudah dihadam, mengandungi antibodi dan zat-zat yang penting untuk tumbesaran bayi pramatang. Keperluan zat bagi bayi pramatang adalah berbeza dari bayi biasa. Jadi, susu ibulah yang mengandungi semua zat tersebut. Bila bayi dapat susu, membesar dengan sihat, ibu pun seronok. Kan??? :))))

bonding

 

Ikhtiar dalam menjaga dan menyusu bayi pramatang

1) Belajar ilmu penyusuan sebaik-baiknya.

Jika ada masalah dalam penyusuan, kita boleh dapatkan khidmat dari mereka yang pakar dalam bidang ini. Malah, di hospital juga terdapat sukarelawan yang boleh membantu dalam bidang penyusuan ini. Terpulang kepada kita. Nak atau taknak sahaja.

2) Nutrisi ibu

Sahabat saya mengambil Set Menyusu Shaklee untuk membantu beliau menjayakan penyusuan susu ibu. Ini penting untuk membekalkan nutrisi yang cukup untuk ibu yang menyusu.

Set Ibu Menyusu Shaklee

Anak sahabat saya kini sudah berusia 11 bulan. Alhamdulilah bayi ini membesar dengan sihat dan ceria. Untuk ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang, anda memang hebat! Kerana anda kuat!

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Kongsikan entry ini untuk memberi manfaat kepada semua sahabat kita yang lain.

Sihat untuk beramal.

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Punca Bayi Menangis

 

Punca Bayi Menangis

Bayi akan menangis atas setiap perkara.

Kenapa? Mudah saja, sebab bayi tak pandai berkata-kata. ;P

 

dodoi anak - punca bayi menangis

 

Kadang-kadang ibubapa muda tertekan bila anak kecil menangis tak henti-henti, dan tak tau dah nak buat apa. Termasuklah saya. Hehe.

 

Bagi susu sudah, salin lampin sudah, dodoi sampai tersengguk pun sudah.
Jam pula menunjukkan pukul 3 pagi. Si comel tak dapat nak tidur lagi.

“Baby nak apa ni….?? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.”

Siapa pernah lalui saat sebegini?

 

Jom kita tengok apa antara punca bayi menangis.

 

punca bayi menangis

 

1. Lapar

Anak kecil selalunya menangis sebab lapar. Lagi-lagi bayi baru lahir.
Kalau ada bunyi pertama “Ek” dari anak yang terjaga dari tidur, maknanya dia nak susu. Kalau lambat sikit, akan bunyi panjang sikit, “Eeek”. Lambat lagi bunyi “Uh oh uh oh”. Kalau tak bagi susu juga, jawabnya “Uwaaaa!”
Jangan tunggu sampai last warning baru terhegeh-hegeh nak bagi susu.
Yang terbaik? First “eh” berbunyi je terus bagi nenen. InsyaAllah anda akan selamat.

 

2. Lampin Penuh

Punca terbesar kedua baby menangis adalah sebab lampin sudah penuh. Ataupun tahi telah bertapuk di celahan buntut si comel. Saya sendiri di awal zaman keibubapaan kadang-kadang terlupa nak periksa lampin bila anak merengek.

Dah lama cuba tenteramkan anak, sampai dah tak larat, baru teringat nak tengok lampin.

Lepas salin je terus anak diam. Fuh.
“Kan bagus kalau awal-awal dah tau nappy baby full.”

 

3. Kembung Perut

Kedua-dua anak kami sensitif dengan perut/angin. Kalau tak sapu atau terlupa sapu minyak angin, maka bersedialah untuk berjaga malam. Petang-petang atau malam, setiap kali salin lampin, wajib sapu minyak angin.
Tapi tak semua bayi macam ni. Kami pernah jumpa bayi yang tak kembung-kembung pun perutnya. Walaupun tak disapu minyak.
Jadi kalau si manja merengek, cuba periksa perutnya, kembung atau tidak.

Caranya? Cuma jentik dengan lembut perut bayi. Atau letakkan satu jari di perut bayi, dan tepuk jari tersebut dengan jari lain. Kalau bunyi macam tin kosong bermakna bayi kembung la tu.

Atau cara lain yang saya pernah diberitahu, tengok ubun-ubunnya. Kalau berdenyut bermakna bayi kembung perut.

Kepada yang sensitif tu, rajin-rajinlah sapu minyak. Baca entri kami yang lepas tentang kembung perut.

 

4. Gangguan ‘Makhluk Halus’

Nyamuk sangat sukakan bayi. Kebanyakan ibubapa akan kelambukan anak kecil supaya tidak diganggu nyamuk atau pun makhluk halus lain. Lepas kelambu, intai ke dalam kelambu, supaya tiada nyamuk yang terlepas ke dalam kelambu.

 

5. Nak Mendampingi Ibu

9 bulan duduk dalam perut.

9 bulan dekat dengan jantung ibu, dengar setiap degupan jantung ibu.

9 bulan di alam rahim.

Lepas berjaya keluar ke alam dunia, sudah pasti si kecil akan rindukan saat bersama ibunya.

Kadang-kadang bila si ibu angkat je anak yang menangis, terus senyap. Ketenangan dirasa. Gembira sungguh!

Jangan pula ada yang berkata begini, “Ha, manjakanlah anak awak tu.”

Bukanlah nak memanjakan anak. Tapi masa kecillah anak perlukan perhatian ibu, supaya kekuatan dalaman, dan keyakinan si anak dapat dipupuk. Anak sewaktu kecil bukanlah waktunya untuk diajar berdikari.

Jadi kalau ada anak menangis, cuba dukung dan dodoi anak. Kalau tak berjaya, periksa punca 1-4 di atas. 🙂

 

Apa kata anda?

Kalau ada punca lain, rajinkan jari mengomen di bawah ya.

 

Selamat mengasuh anak!

 

-SaifKhalid-

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan anak bukanlah semudah yang disangka.

Ia memerlukan pengorbanan yang amat besar.

Penyusuan juga disebut Allah di dalam Al-Quran. Pernah jumpa di mana? Dan pernah terfikir kenapa?

‘Alah..setakat susu anak, siapa-siapa pun boleh buat. Bukan kena beli pun.’ Mungkin ada yang pernah cakap atau fikir begitu.

Belum cuba belum tahu. Siapa yang pernah susukan anak sehingga umur dua tahun pasti tak setuju dengan pernyataan di atas.

Kepada ibubapa yang berjaya menyusukan anak secara eksklusif sehingga 6 bulan, tahniah saya ucapkan. Dan kepada yang berjaya susukan anak sehingga 2 tahun, ribuan tahniah saya ucapkan. Anda telah melakukan pengorbanan yang besar kepada anak bangsa!

Ok, kenapa Allah sebut pasal penyusuan anak dalam manual kehidupan kita?

Tak lain tak bukan kerana penyusuan adalah antara isu terbesar dalam hidup kita. Juga kerana penyusuan bukanlah perkara mudah. Kerana penyusuan adalah satu pengorbanan yang besar dan mulia.

Pernah saya terdengar di radio, “Hadiahkanlah ibumu walau segunung emas, nescaya itu tidak dapat membalas jasa ibumu walau setitik susu.”

Penyusuan yang sempurna akan melahirkan insan hebat! Lihat saja bagaimana Allah memilih ibu susu dan persekitaran penyusuan yang hebat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Itulah antara faktor yang menjadikan nabi kita berakhlak mulia dan mantap peribadinya.

………..

Pengalaman saya dan isteri menyusukan anak 2 orang ketika ini, amat banyak mengajar kami tentang keibubapaan dan rumahtangga.

Mendampingi isteri melahirkan anak dan membesarkan anak membuatkan saya amat hargai pengorbanan ibu saya membesarkan saya dahulu. Membuatkan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa saya di dalam solat dan selepas setiap solat 5 waktu saya.

Bagaimana tidak? Seorang ibu tidak akan benarkan anaknya digigit walau seekor nyamuk! Atau seekor semut!

 

 

Ya, Menyusukan Anak Tugas Bapa.

 

Seorang isteri sangat memerlukan sokongan dari suami untuk menyusukan anak. Terutamanya ibu muda.

Biasanya ibu yang melahirkan anak, susunya kurang. Mungkin hanya setitik dua. Maka mulalah mencari susu formula atau air masak untuk diberi kepada anak yang sedang menangis.

Di sinilah tugas bapa. Bapa wajib menuntut ilmu pasal penyusuan ibu. Memang di awal kelahiran, susu ibu hanya sikit, dan pekat kekuningan. Kolostrum namanya. Kolostrum amat diperlukan oleh bayi yang baru lahir.

Ibubapa juga perlu mengetahui bahawa bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak. Cukup beberapa titik susu kolostrum. Perutnya pun hanya sebesar buah ceri di hari pertama kelahiran, dan menjadi sebesar sebiji telur pada hari ke-30. Dia hanya perlukan sedikit susu, tetapi kerap.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Saiz Perut Bayi

 

Posisi juga penting. Posisi badan untuk keselesaan ibu, dan juga posisi mulut bayi (latching) untuk penyusuan yang berjaya.

Antara tugas penting bapa dalam penyusuan, saya susunkan dalam bentuk point;

  1. Gosok dagu bayi jika dia tertidur sewaktu menyusu. (Kecuali yakin bayi telah menyusu secukupnya)
  2. Mendampingi isteri. Gosok belakang badan. Urut badan isteri.
  3. Memberi makanan sihat dan suplemen kepada isteri supaya bertenaga untuk menyusukan anak.
  4. Membantu menguruskan rumah
  5. Melayan anak lain (jika ada)
  6. Menenangkan isteri jika berlaku kesusahan dalam penyusuan. Contohnya bengkak susu, susu kurang, mulut bayi tidak melekap.
  7. Memastikan tahap ergonomik isteri di tahap yang baik. Duduk di kerusi dengan posisi yang baik. Berikan bantal atau alat sokongan lain kepada ibu/bayi bila perlu.
  8. Beri motivasi kepada isteri. Kata-kata semangat, atau hadiah kepada isteri.
  9. Salin lampin anak. Bayi yang breastfeed akan kerap kencing tau.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Susu Bayi

Apa Pula Kelebihan Menyusukan Anak?

  1. Tak perlu bancuh susu tengah-tengah malam.
  2. Tak perlu bawak air panas ke mana-mana. Kami tak pernah bawa beg/bakul bayi bila keluar rumah.
  3. Ibu lebih rapat dengan anak.
  4. Banyak lagi. Rasanya kami pernah buat entri tentang kelebihan menyusukan anak. Cuba search. Hihi.

 

Apa pun, sebagai ayah, saya akan usaha semampu mungkin untuk menyusukan anak paling kurang sehingga umurnya 2 tahun.

Susu formula? Tak pernah masuk dalam senarai shopping kami. 😉

Kepada ibubapa yang telah berusaha untuk menyusukan anak tetapi tidak berjaya, jangan risau. Anda telah lakukan yang terbaik. Teruskan belajar dan mencari ilmu tentang penyusuan anak.

Kami dulu juga pernah menghadapi kesukaran dalam penyusuan. Malah isteri saya pernah sekali hampir berputus asa.

Teruskan usaha murni anda. Cuba kongsi masalah anda dengan orang-orang terdekat. Mana tahu ada jalannya. Kami juga gembira jika dapat membantu anda menjayakan penyusuan bayi.

Sekian.

SaifKhalid

 

 

Cara Atasi Bayi Kembung Perut

Cara Atasi Bayi Kembung Perut

Bayi memang suka menangis. Ini adalah salah satu bahasa bayi untuk menyampaikan apa yang dia rasa, sakit dan sebagainya.
Ada beberapa sebab yang menyebabkan bayi menangis seperti kembung perut, bayi buang air kecil, poo poo atau bahasa senangnya berak, bayi sakit terkena gigitan serangga, bayi panas dan bayi berasa insecure. Mungkin ada lagi sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi menangis ye saudara saudari.

Pada kali ini saya nak berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu kepada dua orang permata yang soleh dan solehah insyaAllah. Saya akan kongsikan bagaimana cara atasi bayi kembung perut. Lain orang mungkin lain cara atasi bayi kembung perut yang anda semua amalkan.

 

Cara Atasi Bayi Kembung Perut

 

Cara atasi bayi kembung perut yang saya amalkan adalah :

1) Ibu yang menyusu badan perlu menghindari diri dari makan makanan yang berangin
Makanan berangin (buah-buahan dan sayur-sayuran) yang boleh menyebabkan angin. Contohnya terung, kacang panjang dan lain-lain. Lain orang lain pantangnya tau. Anda boleh cuba sikit-sikit.

2) Menggunakan minyak angin
Saya suka sangat menggunakan Minyak Mestika Bayini. Buatan malaysia lagi tau. Hehe. Dari Khadijah dulu lagi dah guna minyak ni. Saya sapu di perut, belakang badan, kawasan ari-ari, belakang betis dan tapak kaki bayi. InsyaAllah bayi akan rasa lebih selesa. So far, sapukan pada Muhammad, alhamdulillah mujarab. Ada banyak jenama minyak bayi untuk kembung perut di pasaran. Anda boleh cuba yang mana yang anda suka. Yang penting ianya sesuai dengan bayi anda dan kandungan minyak tersebut tidak ada bahan yang meragukan.

3) Tidurkan bayi meniarap
Ini dari pemerhatian saya. Bayi yang kembung akan menangis dengan kuat bila dibaringkan. Bila ditiarapkan, dia akan senyap. Tambahan pula jika kita tiarapkan dia di atas dada kita.

4) Tuam perut bayi dengan air suam
Saya masukkan air suam-suam panas ke dalam botol susu. Saya balut botol tersebut dengan kain dan tuamkan pada perut bayi. Memang brooot broot bayi kentut. Cubalah. Jangan nanti mak ayah bayi yang kentut sama. Hehe.

5) Teknik angkat kaki
Teknik ni saya baru belajar dari abang ipar saya. Memang berkesan! Baringkan bayi anda. Angkat kaki kanan dan rapatkan ke perut bayi. Kaki kiri biarkan lurus. Kemuadian ulang cara yang sama untuk kaki kiri pula diangkat dan ditekan pada perut bayi. Terkentut-kentut Muhammad guna cara ni. Alhamdulillah.

Mungkin anda ada cara atasi bayi kembung perut yang anda amalkan. Jom kongsi dengan kami di ruangan komen di bawah. Kami amat hargai perkongsian dari anda semua.

 

Sekian.

Bahiah

 

 

Bagaimana Merawat Bayi Batuk Kahak

Muhammad sudah hampir 3 bulan. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat. Pertumbuhan badan pun semakin baik. 2 bulan beratnya mencecah 6.5kg. Sewaktu lahir, Muhammad hanyalah seberat 3.2kg. Alhamdulillah..thumma alhamdulillah.

Sewaktu Muhammad berusia sebulan setengah, dia diserang batuk berkahak. Batuknya bunyi seperti orang dewasa batuk. Kahak berapa gram tak tahulah ada di kerongkongnya.

Muhammad juga sering tersedak. Tengah tidur nyenyak, tiba-tiba dia tersedak. Seperti ada sesuatu di tekak.

Risau saya dibuatnya.

Kebetulan Muhammad lahir dan sebulan selepas tu raya Aidilfitri. Tau sajalah beraya di sana sini. Jadi superstar la Muhammad. Semua pakat nak cium dia. (Termasuk ibu ayah dia yang geram tengok pipi Muhammad. Hehe..)

 

Bagaimana Merawat Bayi Batuk Kahak

 

Saya berjumpa doktor homeopathy. Tapi Muhammad luah je ubat yang disuap. Rasa ubat homeopathy ni tawar je. 3-4 kali je dia makan ubat tu. Kemudian, saya ikhtiar cara lain bagaimana merawat bayi batuk kahak.

Saya Google.

Macam-macam ada. Teknik stim lah. Macam-macam ada yang boleh dicuba. Kalau ke klinik, mungkin akan disedut kahak. Saya tak sanggup. Huhu..

Saya ambil Nutriferon Shaklee sehari 1 sachet, dan 2 biji Sustained Release Vita-C yang dipatahkan dahulu sebelum telan. Kemudian saya sapukan krim Herba Tropika pada dada Muhammad.

SR vita-c-plus

Saya buat kaedah ini selama 3-4 hari.

Testimoni Nutriferon Shaklee

Alhamdulillah, kesannya cepat. Batuk Muhammad dah ok. Tak ada kahak dah. Saya rasa lega sangat. Kalau tak, malam-malam memang Muhammad susah tidur sebab diganggu oleh kahak dan hingus. Nafasnya terganggu.

Bagaimana merawat bayi batuk kahak banyak caranya. Anda semua mungkin mempunyai cara lain yang anda amalkan. Anda boleh kongsikan cara bagaimana merawat bayi batuk kahak dengan kami dan pembaca-pembaca lain di ruangan komen. Kami sangat menghargainya.

Ok, kesimpulannya kita hindarilah dari membawa bayi ke tempat-tempat awam ya. Lain orang lain penyakit yang dibawanya. Kalau boleh elakkanlah. Dan jangan kerap cium bayi kita terutamanya bila kita selsema, demam, atau batuk. Takut berjangkit pula.

 

Sekian.

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

1 2