Tag Archives: diet

5 Tips Diet Berkesan

Tips Diet Berkesan

 

Anda pernah cuba berdiet dan berhenti terhenti di tengah jalan?

Jangan risau. Ini bukan perkara asing.

Tapi bukanlah saya nak anda berhenti diet.

Cuba lagi! Cuma mungkin anda masih belum jumpa cara yang betul.

 

Cara Diet Yang Berkesan

 

Dapat kurangkan berat badan adalah satu perkara hebat. Dan untuk mendapatkan sesuatu yang hebat bukanlah mudah. Kita perlukan ilmu yang mencukupi untuk mengharunginya ke garisan penamat.

Dan dalam kes diet, kita harus konsisten hingga kita berjaya menurunkan berat badan kepada satu target yang telah ditetapkan.

 

Cara Diet

Umum mengetahui cara diet adalah seperti berikut; kurangkan makanan berkanji, elakkan gula tambahan dalam makanan atau minuman, elakkan lemak haiwan, lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam menu, dada ayam, dan lain-lain.

 

Antara lain tips yang ingin saya kongsikan di sini¹;

1. Makan sayur untuk membantu rasa kenyang

2. Minum banyak air kosong

3. Jauhkan makanan yang menggiurkan dari rumah anda

4. Sibukkan diri – jangan makan hanya kerana anda bosan tak tahu nak buat apa

5. Duduk di meja dan makan dari pinggan. Jangan menatap dan makan depan peti sejuk

6. Jangan langkau waktu makan

 

 

Tips Diet Yang Menentukan Anda Berjaya Atau Gagal

 

Daripada cara-cara di atas, berikut adalah kunci utama yang menentukan anda berjaya atau gagal dalam berdiet (baca: menurunkan berat badan).

 

1. Ambil tahu tentang kalori

Kekurangan kalori tak kurang bahayanya berbanding terlebih kalori. Jika kita tidak dapat kalori mencukupi, badan kita akan menganggap makanan tidak mencukupi. Badan kita akan menyimpan setiap kalori sebagai lemak kerana ia tidak mengetahui bila lagi badan akan mendapat makanan. Ini adalah musuh kepada diet.

Sesetengah orang faham bahawa bila kita mengurangkan kalori dalam tempoh yang cukup lama, kita akan turun berat. Mungkin berat badan akan turun, tapi bukanlah lemak kita yang berkurangan, tetapi otot dan tisu organ dan dileraikan untuk mendapatkan nutrien. Ini akan menjejaskan kesihatan kita.

Tips Diet Berkesan

2. Makan sedikit tapi kerap

Makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit adalah lebih berkesan dari makan 1-2 kali sehari dalam kuantiti yang banyak. Ya, ini telah terbukti berkesan!

Logik dia adalah bila kita langkau waktu makan, kita akan rasa sangat lapar. Ini membuatkan kita akan makan dengan banyaknya. Susah nak slim kalau macam ni.

Tips Diet Berkesan

 

3. Jika anda seorang yang aktif, karbohidrat adalah penting

Anda pernah jumpa orang berdiet yang kelihatan letih dan goyah? Mereka mungkin berdiet dengan cara high-protein, high-fat, dan karbohidrat dilarang sama sekali.

Karbohidrat adalah sumber utama tenaga bagi badan kita, dan ia menentukan mood anda.

Jika anda jenis yang hanya bekerja di meja dan tak pernah bersenam, mengurangkan karbohidrat adalah cara yang baik. Tetapi jika anda seorang yang selalu beriadhah, bersukan atau bekerja keras, anda perlukan karbohidrat!

Pilih karbohidrat yang kompleks. Pilih tepung whole grain berbanding bleached atau tepung yang telah diproses.Tips Diet Berkesan

 

4. Usah timbang berat badan setiap hari, atau lebih dari sekali dalam sehari

Gunakan penimbang yang sama dan waktu yang sama untuk timbang berat badan. Anda boleh memilih untuk membuat jadual menimbang seperti menimbang sekali seminggu, pada hari yang sama, dan pada waktu yang sama. Atau anda juga boleh memilih untuk menimbang selepas aktiviti tertentu seperti selepas bersukan atau selepas membuang air besar. Anda tentukan sendiri, dan istiqamahlah!

Berat seseorang boleh naik atau turun sehingga 2 kg dari hari ke hari. Dan bila anda melihat penimbang menunjukkan anda lebih berat 2 kg dari semalam, memang akan MENGHAMPAKAN. Anda wajib elakkannya.

Tips Diet Berkesan

 

5. Boleh kalau nak mengelat, tapi jangan berlebihan

Orang yang mengelat ketika berdiet selalunya akan mengulanginya lagi dan lagi. Sesetengah orang mempunyai makanan ‘rahsia’, di mana dia akan makan apa sahaja, sebanyak mana yang termampu, sekali seminggu.

Ada juga yang mengelat dengan membenarkan kuantiti kalori tertentu dimakan setiap hari misalnya jajan, snek, atau kek coklat.

Selagimana nafsu mengelat itu dapat dikawal pada kuantiti tertentu, anda sebenarnya masih boleh meneruskan diet anda. Apa yang mengujakan, ramai yang mendakwa dapat menurunkan berat badan lebih cepat dengan adanya ‘makanan mengelat’ tersebut. ^_^

Tips Diet Berkesan

Sekian.

Saya sudahi dengan ucapan selamat maju jaya! Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

¹ Dawn Jackson Blatner, The Flexitarian Diet.