Tag Archives: garlic

Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

Bila anak demam, ibulah yang paling tak senang duduk.

Apatah lagi demam panas. Memang tak tidur malam. Duk jerlum satu badan.

 

Sebelum itu harus diingati, demam adalah normal. Jika tidak terlampau panas, demam adalah selamat.

Demam adalah tindakbalas badan kepada sistem imun kita. Doktor sendiri pernah berpesan; tidak perlu gopoh mencari paracetamol (PCM) jika anak baru demam. Biarkan ia sendiri, 2-3 hari mungkin sistem imun badan anak kita sudah dapat menentang sendiri demam tersebut.

Dan jika anak kita tidur nyenyak, jangan kacau atau kejut. Tidur itu akan melegakannya dari demam. Tidur sangat penting.

 

Dampingi anak kita lebih kerap bila demam. Ketenangan anak kecil sangat membantu dalam melawan demam. Bila kita bersama anak kita, dia akan lebih kuat. Kuat dalamannya.

 

Selain dari makan ubat PCM, apa yang kita boleh buat untuk legakan demam panas anak kecil?

Jika demam panas anak berkaitan dengan masalah paru-paru, kita boleh gunakan bawang putih.

Ya, Bawang Putih.

 

bawang putih anak demam panas bayi

 

Ada apa dengan bawang putih? Apa keistimewaan bawang putih?

– Antibiotik yang selamat dan semulajadi

– Detox

– Mencegah kanser

– Menurunkan kolesterol

– Menghalang alergi

– Perbaiki sistem penghadaman

– Membantu merawat batuk dan selsema

 

 

Bagaimana caranya?¹

1. Kisar (blend) beberapa labu bawang putih. Untuk disapu pada kain atau pembalut (bandage) setebal setengah cm.

2. Sapukan tapak kaki anak anda dengan sedikit minyak zaitun supaya bawang putih tidak mengganggu atau merengsakan.

3. Tampal bandage bersama kisaran/pes bawang putih tadi pada tapak kaki. Tutup dengan stokin supaya tidak tertanggal.

4. Tinggalkan semalaman. Minum air kosong dengan kerap.

5. Lihat demam panasnya menurun.

6. Jika perlu, tambah pes bawang putih tersebut di kaki anak, kerana pes bawang putih itu akan diserap oleh badan.

 

p/s: Jangan terkejut. Bawang putih sangat mudah diserap melalui tapak kaki. Dalam masa yang singkat, nafas anak anda mungkin akan berbau bawang putih!

 

Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

¹  “Gentle Healing for Baby and Child: A Parent’s Guide to Child-Friendly Herbs and Other Natural Remedies for Common Ailments and Injuries“, Candee, Andrusia. New York, 2000.

 

Kongsikan artikel ini jika anda rasa ia membantu. Mungkin sesuatu perkara itu kecil buat kita, tapi mungkin ia amat berharga buat seseorang. 🙂

 

Sekian,

Saif Khalid