Tag Archives: ibu

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

Assalamualaikum w.b.t

Selalu kita melihat dan mendengar iklan-iklan di media elektronik dan akhbar mengenai kelebihan susu formula. Selalu sangat lah kan. Sampai tak larat tengok dah. Ada yang lebih DHA lah, membuatkan sel-sel otak lebih cepat bergabung lah,  macam-macam lagi kelebihan susu formula yang diiklankan.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

 

Iklan-iklan sebegini sudah tentu dapat mempengaruhi para ibu bapa untuk lebih cenderung memberikan susu formula kepada bayi mereka. Mau tak nya, kalau sehari 10 kali iklan susu formula yang kita tonton, kalau 10 hari dah 100 kali iklan ini mampu mempengaruhi kita.

Saya faham, dengan zaman yang serba moden ini, ramai para ibu yang keluar mencari rezeki. Jika difikirkan penat lelah, memang susah untuk para ibu menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Bila siang perlu bekerja, waktu malam pula untuk berehat, memang takda masa nak menyusukan anak.

 

TAPI…………………………………….

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Betul tak? Kalau kita mahu dan berazam untuk menyusukan anak, tak kira apa jua cabarannya, kita akan tetap berusaha untuk menyusukan anak kita walaupun kita bekerja. Ditambah pula dengan kecanggihan gajet-gajet penyusuan zaman kini, sudah tidak ada alasan lagi bagi para ibu yang bekerjaya untuk menyusukan anak mereka. Pelbagai tips penyusuan dapat dipelajari untuk kita menjayakan penyusuan bayi.

Kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada bayi dan ibu memang tidak dapat disangkal lagi. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Cuma kita sendiri yang perlu nilai segala kebaikan ini. Dan niat hati kita sama ada hendak atau taknak.

Mari kita senaraikan kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada ibu dan bayi.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu

 

1) Jimat kos

Tahukah anda jika kita sendiri yang menyusukan bayi, kos susu tersebut adalah PERCUMA!! Ye lah, susu ibu dihasilkan sendiri oleh badan ibu. Tak perlu ke kedai untuk beli bertin-tin dengan kos yang tinggi. Tak perlu pilih-pilih jenama mana yang bagus. Kan? Jimat kos! Selama 2 tahun kita tak perlu untuk membelanjakan wang membeli susu anak. Kan dah boleh berJIMAT??? ­čÖé

 

2) Mengurangkan risiko kanser

Penyusuan dapat mengurangkan risiko kanser ke atas ibu. Terdapat kajian yang menunjukkan ibu yang menyusukan bayi kurang mendapat risiko menghidap kanser payudara dan ovari. Tak perlu makan ubat pun kan untuk mengurangkan risiko menghidap kanser?? Dengan hanya menyusu. Subhanallah…

 

3) Pengecutan rahim

Penyusuan dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan dapat mengurangkan pendarahan. Rahim dapat mengecut secara semulajadi dengan penyusuan ke atas bayi.

 

4) Membakar kalori

Yang ni paling reason paling best saya rasa untuk para ibu mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin. Hehe.. tak perlu nak ke gym atau susah-susah bersenam. Duduk diam baring-baring sambil menyusukan bayi sahaja dapat membakar kalori. Amazing kan?? Para ibu yang gain weight berbelas kilo sewaktu hamil, boleh kembali langsing selepas bersalin. WOW! Rugi siapa yang tak menyusukan bayi mereka.

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi (1)

 

5) Pencegah kehamilan

Penyusuan juga merupakan satu teknik mencegah kehamilan secara semulajadi. Kebanyakan para ibu yang menyusukan bayi tidak datang haid sepanjang tempoh penyusuan tersebut. Namun tak semua para ibu yang mengalaminya. Pengalaman saya sendiri, walaupun menyusukan Khadijah ┬ásecara eksklusif selama 6 bulan, saya tidak pernah miss period. ­čÖé Selepas bersalin, terus period. Samapai hampir 2 tahun menyususkan Khadijah pun, saya tak pernah miss period. Jadi, penyusuan yang saya amalkan tidak mencegah kehamilan bagi sesetengah ibu seperti saya.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi yang PALING BERHARGA adalah BONDING antara ibu dan bayi. Kita akan rasa bonding yang sangat kuat dan erat dengan anak kita. Kasih sayang yang tak ternilai nak diceritakan. Anak akan lebih rapat dengan kita.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi (1)

 

 

Nantikan sambungan kebaikan dan kelebihan penyusuan kepada ibu dan bayi bahagian 2 pada entry yang akan datang…. stay tuned…

 

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor