Tag Archives: Jepun

Jepun Lebih Islamik?

Jepun Lebih Islamik?

Pernah naik bas atau tren kat Malaysia on time?
Pernah tak naik tren yang sepatutnya 12:35 dan anda dapat masuk ke gerabak pukul 12:35:00 tanpa delay?
Percaya atau tidak tren di Jepun hanya lewat 3 saat dalam 1 tahun? Itu adalah jumlah kelewatan untuk ribuan trip tahun itu. Maksudnya mungkin ada 1 trip yang terlewat 1 saat dan ada 1 trip lagi yang lewat 2 saat. Tren mereka akan sampai dan bertolak tepat pada waktunya tanpa lewat atau awal sesaat.

Sangat punctual bukan?

 

japan-train Jepun Lebih Islamik?

 

Kisah kedua, baru-baru ini, anak ustaz saya telah ke Jepun. Ketika di sana dia telah keciciran dompet.

Lalu dia pun buat aduan di balai polis berhampiran. Rasa-rasa apakah kesudahannya?
Dia mendapat kembali dompetnya dalam masa yang singkat tanpa kehilangan sesuatu pun!

Kalau kita di Malaysia? Mungkin bayangnya pun takda. Untung nasib, dapatlah balik IC kita.

Rupanya si fulan yang menjumpai dompetnya itu telah menyerahkannya ke balai polis.

Sungguh amanah.

Bukankah tepati masa dan amanah itu ajaran Islam?

Apakah kita pernah terfikir yang kita boleh mencapai tahap ketepatan masa sehebat itu?
Ya! Hanya jika kita MAHU.
Orang Jepun telah membuktikannya.

Pengalaman saya bekerja di kilang Jepun tahun lepas, tepati waktu adalah perkara yang sangat penting.
Kami akan mendapat elaun kehadiran setiap bulan. Percaya atau tidak, jika sekali kami terlewat, walaupun seminit, elaun kehadiran akan dipotong. Hanya lewat sekali, seminit, dan cuma lewat untuk hari tersebut, elaun kehadiran kami akan dipotong untuk bulan tersebut. Ya, elaun kehadiran SATU BULAN dipotong tanpa kompromi.

Satu hari yang lain, saya ke tandas. Tandasnya agak jauh dari cubicle saya. Sampai-sampai, kedua-dua tandas penuh. Saya pun tunggu, tanpa mengetahui bilakah penghuninya akan siap melabur dan keluar.
Tiba-tiba bos saya datang.
“What are you doing here?”
“Go back to your place and come back later.”

Aduh..menyirap betul dengan mamat dalam tandas tu. Padahal asap berkepul-kepul keluar atas tandas tu.

Masa tu memang marahlah kat bos (dalam hati). Tapi lama-lama, fikir-fikir balik, betullah..kalau ada orang dalam tandas, patah balik jelah sambung buat kerja. Nanti pergi balik. Kita belum tahu berapa lama orang tu ‘melabur’. Mungkin 5 minit, dan boleh jadi 30 minit.

Ok. Dua perkara ni dah buat saya kagum dengan warga Jepun.

Ada seorang ustaz tu kata, apa yang kita nak dakwahkan kepada orang Jepun?
Nak ajar tepati masa? Huh, janji Melayu, mesyuarat pukul 9, pukul 10 baru terkedek-kedek sorang sorang datang.
Nak ajar pasal amanah? Lagi melaut. Kertas soalan UPSR pun pakat-pakat tolong bocorkan. Bumbung-bumbung bangunan pun selalu bocor. Tak kurang juga yang runtuh terus.
Kalau takda amanah dalam diri, dah tentu dompet kawan kita tu tadi dah lesap, duit pun masuk poket orang lain.

Bukankah amalan tepati masa dah Allah terangkan dalam satu surah dalam Al-Quran?
Bukankah sifat amanah juga adalah satu sifat Nabi Allah?

Orang Jepun telah jauh meninggalkan kita dalam 2 aspek ini.

Tu belum lagi tengok pada kebersihan. Anda sendiri pun dapat menilai, siapakah lebih Islamik? Siapakah yang lebih mengamalkan ajaran Islam.

OK. Cukup dulu celoteh untuk hari ini. Saya tulis blog ni pun untuk peringatan kepada diri sendiri. Sahabat pembaca semua pun boleh mengambil iktibar.

Sekian.

SaifKhalid