Tag Archives: journey

A New Journey Begins

Assalamualaikum w.b.t

A New Journey Begins

Jari-jemari mula kaku untuk memulakan bicara. Sudah lama tidak menulis blog. Mungkin 3, 4 tahun yang lalu. InsyaAllah, akan terus menulis selepas ini. Diharap semangat terus berkobar-kobar tiada berpenghujung. 🙂

 

New Journey Begins – Ummu Khadijah

 

Mungkin ada sahabat yang tertanya-tanya kenapa saya menulis blog semula. Jawab saya : Saya ingin berkongsi kisah kehidupan yang dapat memberi panduan, ilmu, pengajaran dan peringatan untuk semua sahabat. Bukanlah nak kata pengalaman hidup saya sudah banyak. Tidak sama sekali! Tetapi sekadar perkongsian santai yang diharap dapat memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah.

Sebagai seorang ibu muda, saya selalu mencari maklumat dari internet mengenai pelbagai tips, ilmu dan pengalaman hidup orang lain. Ianya sangat membantu! Zaman sekarang, tiada alasan untuk mengatakan tak tahu kepada sesuatu perkara sedangkan dunia sekarang hanya di hujung jari. Kerana itu jugalah , semangat untuk menulis blog ini membuak-buak semula dengan harapan orang lain mendapat manfaat dari blog ini.

Saya bukanlah orang yang skema dalam tutur bicara, apatah lagi dalam penulisan. Bila dibaca semula ayat-ayat di atas ini, saya rasa seperti kelakar pun ada, macam tak percaya saya akan menulis sebegini. Untuk post yang pertama ini, saya sedikit skema. Post yang akan datang insyaAllah lebih santai dan mesra. Sesuai dengan jiwa saya. 🙂

InsyaAllah, saya akan menulis dengan lebih banyak nanti. Dan saya harap tujuan menulis blog ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kehidupan saya. Tiada yang istimewa mengenainya! Saya tidak mahu menjadi manusia keladak! (kata-kata Prof Muhaya). Saya ingin menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Syukran! Terima kasih.

 

 A New Journey Begins – Ummu Khadijah