Tag Archives: kebaikan

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (2)

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (2)

 

Sambungan daripada entri kami yang lepas, kami akan berkongsi lagi Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi.

Kali ini lebih tertumpu kepada bayi.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi

 

Kelebihan Penyusuan kepada bayi;

  1. Sistem Imun bayi akan menjadi sangat tinggi. Ini kerana susu ibu mempunyai antibodi dan vaksin semulajadi yang baik.
  2. Tinggi IQ. Kolesterol dan lemak di dalam susu ibu membantu pertumbuhan tisu saraf.
  3. Mata – penglihatan lebih tajam.
  4. Kulit kurang terdedah kepada alahan.
  5. Kurang mendapat jangkitan telinga.
  6. Jangkitan pada saluran kencing adalah minimum.
  7. Bebas dari sembelit. Usus tidak terbeban oleh susu asing.
  8. Mulut – perkembangan muka akan menjadi lebih baik.
  9. Bayi yang minum susu ibu akan mempunyai kolesterol yang rendah apabila dewas kelak. Ini akan mengurangkan kadar serangan jantung.
  10. Kurang cirit-birit. Malah boleh mengurangkan alahan jika bayi diberi penyusuan eksklusif selama 6 bulan.
  11. Buah pinggang – kandungan protein dan garam yang minimum menjadikan susu ibu lebih mudah dicerna oleh bayi.
  12. Tekak – bayi yang minum susu ibu kurang mendapat Toncillectomies.
  13. Sistem Endoktrin – mengurangkan kadar penyakit diabetes.
  14. Bayi yang minum susu ibu kurang jangkitan pernafasan, kurang nafas berbunyi, kurang pneumonia, kurang selsema, dan kurang asma/lelah.
  15. Kurang penyakit otot.
  16. Lidah – susu ibu yang berubah-ubah rasanya akan merangsang lidah bayi. Kelak mereka akan lebih mudah menerima makanan yang pelbagai rasa. Berbeza dengan susu formula yang mempunyai rasa yang sama sepanjang masa.
  17. Kurang mendapat apendiks.

 

Tonton video ibu yang dia berusaha menyusukan anaknya walaupun siangnya bekerja, malam bangun pam susu lagi. Kental oiiii!!!

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (2)

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi

Breastfed children

 

Itu adalah antara baaaaanyak kebaikan susu ibu kepada bayi.

Kalau kita perhatikan, sememangnya anak yang mendapat penyusuan eksklusif akan menjadi lebih hebat, lebih sihat, dan lebih responsif berbanding rakan sebayanya yang minum susu formula.

Lihat saja di taska, tadika atau tempat asuhan kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak yang minum susu formulalah yang sering demam, selsema, hingus mengalir dari hidung sepanjang tahun.

 

Ya, menyusukan anak memang sangat mencabar. Kalau nak senang, bancuh susu formula, sumbat je dengan botol. Anak cepat kenyang, senang tidur, tidur lama, bangun lambat. Tak perlu kerap tukar lampin, sebab bayi sembelit, so jarang berak.

Ya, bagi susu formula jauh lebih senang!

Tapi selepas menyedari Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi, kami akan berusaha sehabis baik untuk memastikan anak-anak kami mendapat paling kurang penyusuan eksklusif selama 6 bulan, dan sebolehnya sehingga 2 tahun.

Alhamdulillah, Khadijah membesar dengan sihat, bijak dan aktif. Jarang demam atau selsema. Demamnya pun tak berapa panas, dan cepat baik. Paling lama pun 3 hari dia demam.

Jika demam sekalipun, kami kerapkan menyusu, sambil bagi makanan yang berkhasiat seperti tamar dan buah-buahan. Tak perlu kalut ke klinik untuk mengambil ubat. Kerana kami yakin kepada antibodinya. Namun jika demamnya terlalu panas, atau berlarutan, kami akan bawa berjumpa doktor.

 

2 minggu lagi, genaplah penyusuan ibu selama 2 tahun. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

 

Keperitan ibu? Hanya yang melaluinya akan merasai pahit manis.

Moga Allah memberkati, memberi ganjaran yang hebat kepada ibu-ibu seluruh dunia. Ameen..

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

Assalamualaikum w.b.t

Selalu kita melihat dan mendengar iklan-iklan di media elektronik dan akhbar mengenai kelebihan susu formula. Selalu sangat lah kan. Sampai tak larat tengok dah. Ada yang lebih DHA lah, membuatkan sel-sel otak lebih cepat bergabung lah,  macam-macam lagi kelebihan susu formula yang diiklankan.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

 

Iklan-iklan sebegini sudah tentu dapat mempengaruhi para ibu bapa untuk lebih cenderung memberikan susu formula kepada bayi mereka. Mau tak nya, kalau sehari 10 kali iklan susu formula yang kita tonton, kalau 10 hari dah 100 kali iklan ini mampu mempengaruhi kita.

Saya faham, dengan zaman yang serba moden ini, ramai para ibu yang keluar mencari rezeki. Jika difikirkan penat lelah, memang susah untuk para ibu menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Bila siang perlu bekerja, waktu malam pula untuk berehat, memang takda masa nak menyusukan anak.

 

TAPI…………………………………….

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Betul tak? Kalau kita mahu dan berazam untuk menyusukan anak, tak kira apa jua cabarannya, kita akan tetap berusaha untuk menyusukan anak kita walaupun kita bekerja. Ditambah pula dengan kecanggihan gajet-gajet penyusuan zaman kini, sudah tidak ada alasan lagi bagi para ibu yang bekerjaya untuk menyusukan anak mereka. Pelbagai tips penyusuan dapat dipelajari untuk kita menjayakan penyusuan bayi.

Kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada bayi dan ibu memang tidak dapat disangkal lagi. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Cuma kita sendiri yang perlu nilai segala kebaikan ini. Dan niat hati kita sama ada hendak atau taknak.

Mari kita senaraikan kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada ibu dan bayi.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu

 

1) Jimat kos

Tahukah anda jika kita sendiri yang menyusukan bayi, kos susu tersebut adalah PERCUMA!! Ye lah, susu ibu dihasilkan sendiri oleh badan ibu. Tak perlu ke kedai untuk beli bertin-tin dengan kos yang tinggi. Tak perlu pilih-pilih jenama mana yang bagus. Kan? Jimat kos! Selama 2 tahun kita tak perlu untuk membelanjakan wang membeli susu anak. Kan dah boleh berJIMAT??? 🙂

 

2) Mengurangkan risiko kanser

Penyusuan dapat mengurangkan risiko kanser ke atas ibu. Terdapat kajian yang menunjukkan ibu yang menyusukan bayi kurang mendapat risiko menghidap kanser payudara dan ovari. Tak perlu makan ubat pun kan untuk mengurangkan risiko menghidap kanser?? Dengan hanya menyusu. Subhanallah…

 

3) Pengecutan rahim

Penyusuan dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan dapat mengurangkan pendarahan. Rahim dapat mengecut secara semulajadi dengan penyusuan ke atas bayi.

 

4) Membakar kalori

Yang ni paling reason paling best saya rasa untuk para ibu mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin. Hehe.. tak perlu nak ke gym atau susah-susah bersenam. Duduk diam baring-baring sambil menyusukan bayi sahaja dapat membakar kalori. Amazing kan?? Para ibu yang gain weight berbelas kilo sewaktu hamil, boleh kembali langsing selepas bersalin. WOW! Rugi siapa yang tak menyusukan bayi mereka.

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi (1)

 

5) Pencegah kehamilan

Penyusuan juga merupakan satu teknik mencegah kehamilan secara semulajadi. Kebanyakan para ibu yang menyusukan bayi tidak datang haid sepanjang tempoh penyusuan tersebut. Namun tak semua para ibu yang mengalaminya. Pengalaman saya sendiri, walaupun menyusukan Khadijah  secara eksklusif selama 6 bulan, saya tidak pernah miss period. 🙂 Selepas bersalin, terus period. Samapai hampir 2 tahun menyususkan Khadijah pun, saya tak pernah miss period. Jadi, penyusuan yang saya amalkan tidak mencegah kehamilan bagi sesetengah ibu seperti saya.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi yang PALING BERHARGA adalah BONDING antara ibu dan bayi. Kita akan rasa bonding yang sangat kuat dan erat dengan anak kita. Kasih sayang yang tak ternilai nak diceritakan. Anak akan lebih rapat dengan kita.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi (1)

 

 

Nantikan sambungan kebaikan dan kelebihan penyusuan kepada ibu dan bayi bahagian 2 pada entry yang akan datang…. stay tuned…

 

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor