Tag Archives: kembara

[Review] Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Saya telah memiliki motosikal Yamaha FZ150i sejak tahun 2008.

Ia merupakan model generasi pertama bagi FZ150i.

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Setelah lebih kurang 6 tahun, saya ingin menulis sedikit tentang motor FZ ini.

Semoga tulisan ini boleh dijadikan panduan kepada yang hendak membeli motor, atau yang ingin menjelajah dengan motor.

 

[Review] Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Sebelum memiliki motor FZ150i ini, saya membuat sedikit kajian tentang motor 150cc.

Maka saya tertumpu kepada dua motor berikut; Yamaha FZ150i dan Kawasaki Ninja KRR ZX150.

Satu jenis naked streetbike dan satu lagi jenis full-fairing sportbike.

 

Antara perbezaan ketara pada mereka adalah (sekurang-kurangnya pada pemerhatian saya);

1. FZ150i menggunakan enjin 4-lejang. ZX150 pula enjin 2-lejang.

Saya kurang selesa dengan bau minyak 2T bagi enjin KR150RR.

2. FZ150i berteknologi fuel-injection, manakala ZX150 menggunakan carburetor.

Fuel-injection bermakna penggunaan petrolnya lebih efisien.

 

Oleh kerana saya berhajat untuk menjelajah menaiki motor, saya perlu melihat kepada kebolehan menyimpan barang yang lebih.

Kedua-duanya boleh dipasang box. Side-box dan juga top box.

Cuma situasi di Malaysia, ZX150 sangat jarang dipasang box. Saya telah pun melihat ZX150 bersama 3 box. Agak menarik!

 

Cuma faktor-faktor berikut membuatkan saya keberatan untuk memilih Kawasaki ZX150;

1. Antara motor hot bagi penggila motor, termasuk mat rempit. Kes kehilangan motor ZX150 adalah tinggi.

2. Bau minyak 2T yang kuat membuatkan saya pening kepala.

3. Agak kelakar jika saya hanya memasang top box untuk kegunaan harian bagi motor jenis sport.

Ya, saya agak cerewet ketika bermotor. Saya sentiasa membawa baju hujan, sarung tangan, payung. Dan kasut hujan pada musim hujan.

 

Faktor besar untuk saya memilih Yamah FZ150i;

1. Jimat minyak kerana menggunakan teknologi fuel-injection.

2. Kes kecurian bagi model ini agak rendah. Sebab motor FZ150i tak laju mana pun. Mat rempit tak pandang. 😉

3. Tampak selesa jika mengenakan top box setiap masa.

 

 

Berapakah kos servis bagi Yamaha FZ150i?

Bagi servis tukar minyak enjin, saya biasanya menggunakan Shell AX5, setiap 2000km.

Fuel filter pula hanya RM16, ditukar setiap 4000km.

Tayar depan dan belakang dalam lingkungan RM90 ~ RM220, bergantung kepada jenama tayar.

Bateri yang berharga RM60 boleh tahan 2 tahun.

Cuma mentol lampu depan agak mahal, RM50. Mentol Philips.

Saya telah mencuba pelbagai jenis minyak enjin. Antaranya Motul, Castrol, Shell, MOS, Hyrax, Petronas. Tetapi saya tidak dapat merasakan perbezaan. Jadi setakat ni saya selalu menggunakan Shell AX5. Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.

 

Kembara Semenanjung Malaysia Bersama FZ150i.

 

Saya telah bermotor ke semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Perlis.

Kembara sulung saya adalah dari Sg. Buloh ke Sg. Petani Kedah. Singgah selama 2 minggu.

Kemudian ke Kota Bharu melalui jalan Grik.

Selepas itu pulang ke Selangor melalui jalan pantai Terengganu dan Lebuhraya Pantai Timur – Karak.

 

Kembara mega saya berlaku pada bulan Mac 2011. Melalui perjalanan sekurang-kurangnya 1800km, dalam masa 3 hari 2 malam.

Perjalanan merentasi 7 negeri iaitu Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Fakta menarik yang ingin saya kongsikan di sini. Perjalanan merangkumi 1800km, menelan minyak tak lebih dari RM80.

Saya hanya berhenti mengisi minyak sebanyak 4 kali. Setiap isian ~RM19 untuk tangki penuh. Tiba di Kuala Lumpur dengan berbaki separuh tangki minyak.

Pagi itu saya memulakan perjalanan dari Gombak, ke Raub – Kuala Lipis. Kemudian ke Kota Bharu, makan tengah hari di RFC Kubang Kerian.

 

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

Di hadapan RFC Kubang Kerian.

 

Perjalanan diteruskan ke Kuantan. Saya bermalam di situ.

Keesokan harinya saya menuju ke Johor melalui Pekan, Rompin, Mersing, Kluang dan UTM Skudai.

Pemandangan di Mersing menarik perhatian saya. Pantainya putih bersih, sedap mata memandang.

Selfie sebentar di Pantai Lanjut, Rompin. Macam ni lah kembara solo, ambil gambar pun kene set timer. 😉

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

Pantai Lanjut, Rompin, Pahang.

 

Malam kedua, masjid UTM Skudai menjadi tempat penginapan saya. Hari ke3 saya sempat pusing-pusing di Bandaraya Johor Bahru. Perjalanan berakhir di Kuala Lumpur, melalui lebuhraya PLUS.

Secara purata, kelajuan saya adalah sekitar 100-120kmh.

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i.

Dari sini saya membuat perkiraan penggunaan petrol.

Perjalanan merangkumi 1800km.

Minyak saya genapkan menjadi RM80.

Mudah kira, saya bahagi RM80 kepada RM2 (minyak/liter), dapat 40 liter petrol.

Biasanya kita membuat perbandingan berdasarkan L/100km atau km/L.

Jawapan akhir adalah 2.2L/100km, bersamaan 45km/L.

Sangat jimat bukan? 😀

 

Saya telah membuat pengiraan untuk kereta keluarga 1500cc, boleh baca di sini;

—->   Kereta Keluarga Jimat Minyak.

Alhamdulillah…perjalanan berjalan lancar. Tiada apa-apa kerosakan teknikal berlaku.

Bukan saya nak galakkan anda semua menjelajah berseorangan. Risau juga kalau berlaku apa-apa kan. Cuma pada masa tu saya tak dapat menemukan teman untuk menjelajah gila seperti ini. hehe..

Kalau anda perasan, saya tidak memasang top box pada motor saya. Saya pertama kali ingin mencuba, dan sebenarnya saya menyesal membuangnya. Lain kali saya akan pastikan top box dibawa bersama. Susah kalau ruang luggage terhad. 😛

 

Akhir sekali, kepada yang ingin kembara menaiki motor, pastikan keadaan motor anda tip-top. Periksa terlebih dahulu keadaan motor sebelum memulakan perjalanan.

Pastikan anda memakai pakaian lengkap, paling kurang dengan jaket, sarung tangan, kasut. Fikirkan worst scenario – kalau ditakdirkan berlaku kemalangan, sekurang-kurangnya kita boleh landing atas jalan tar dengan glove yang berkualiti, bukanlah dengan tapak tangan yang cantik ni.

Bawa motor dengan berhemah. Walaupun kita menunggang dengan baik, mungkin di luar sana terdapat pemandu yang boleh mengundang malang.

Seeloknya sentiasa basahi lidah dengan zikir atau bacaan Al-Quran di sepanjang perjalanan. Moga kita sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

 

Ok, sekian dahulu dari saya.

Ada apa-apa nak ditambah, jangan malu jangan segan untuk isi di ruangan komen di bawah.

Tunggang dengan berhemah.

 

___________
Saif Ar-Rahman Khalid