Tag Archives: kosong

Kepentingan Minum Air Kosong

Kepentingan Minum Air Kosong

 

Kepentingan Minum Air Kosong

 

Air kosong sangat sinonim dengan kesihatan. Juga sangat sinonim dengan makanan kesihatan, atau makanan tambahan (supplement).

Pernah tanya kenapa?

 

Sebelum kami bergelumang dengan suplemen, air kosong agak kurang diminum sehari-hari.

Bila dah cakna pasal kesihatan, bila dah banyak membaca tentang kesihatan, barulah ada kesedaran untuk minum air kosong banyak-banyak setiap hari. Ada target air kosong untuk diminum setiap hari.

 

Kepada yang belum biasa minum konsisten 2~3 liter sehari, cubalah sekarang. Anda akan rasa perbezaan yang hebat!

 

Kepentingan Minum Air Kosong

Khasiat & kelebihan minum air kosong. air masak atau air putih.

 

1. Awet Muda

Kita akan kelihatan beberapa tahun lebih muda bila amalkan minum air kosong 3liter sehari.

2. Kesegaran Tubuh Badan

Ramai telah rasai kehebatannya.  Badan terasa lebih ringan. Lebih mudah untuk bekerja, mahupun beribadat.

3. Buang Toksin Dalam Badan (Detox)

Air yang mencukupi akan membantu proses pembuangan najis. Tanya saja orang yang selalu sembelit, kemungkinan besar dia kurang minum air kosong.

4. Cegah Kulit atau Bibir Kering

5. Bagus untuk sendi

6. Pelarut Nutrien

Sangat penting kepada yang mengamalkan suplemen/makanan tambahan. Dapat meningkatkan kecekapan dan kelarutan nutrien/vitamin ke dalam darah dan selanjutnya ke dalam badan.

7. Kurangkan Berat Badan

Tabiat minum air kosong dengan kerap membantu menyingkirkan lemak berlebihan dari badan.

 

Kepada yang belum biasa minum konsisten 2~3 liter sehari, cubalah sekarang. Anda akan rasa perbezaan yang hebat!

 

Apa??  3 liter…???

Mungkin nampak banyak. Tapi percaya tak kalau kita minum hanya secawan setiap jam, kita boleh habiskan 3 liter sehari dengan mudah!

Bangun pagi dah minum secawan. Lepas tu boleh minum setiap jam dari pukul 8 am. Pukul 9 pm dah boleh habis 3 liter.

Mudah bukan? ^_^

 

Kepentingan Minum Air Kosong

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN