Tag Archives: masa

Tips Bijak Menguruskan Masa

Tips Bijak Menguruskan Masa

MASA ITU EMAS

MASA IBARAT PEDANG

Banyak perumpamaan yang diberikan bagi menggambarkan kepentingan masa. Contohnya MASA ITU EMAS. Di sini umum mengetahui bahawa emas adalah sesuatu yang mahal dan berharga. Masa dikaitkan dengan emas bagi menyatakan bahawa MASA sangat berharga! Jika ianya berlalu, kita tak mungkin akan dapat ulang semula masa tersebut. Masa diibaratkan seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, maka dia akan memotong kita. Masa akan berlalu begitu sahaja. Tiada lagi siaran ulangan.

 

jam

 

Di sini, suka saya kongsikan dengan anda semua Tips Bijak Menguruskan Masa yang saya amalkan.

 

1) Buat jadual harian

Ini nampak macam skema je kan. Tapi, jika anda buat jadual harian, baru anda akan lebih berdisiplin dalam menguruskan masa anda. Anda juga tidak akan terlupa perkara-perkara yang anda perlu buat seharian.

 

2) Prioriti

Letakkan prioriti perkara mana yang lebih penting untuk dilakukan, yang kurang penting dan yang tidak penting. Buat perkara yang penting dahulu. Kemudian, jika kita mempunyai masa lebih, barulah kita melakukan perkara yang kurang penting dan seterusnya. Contohnya sebagai seorang pelajar, jika kita ada assignment yang perlu disiapkan, maka siapkanlah assignment kita dahulu. Kemudian, jika ada masa lebih, boleh kita gunakan masa tersebut untuk membaca buku dan sebagainya. Ingat! Lakukan perkara yang paling penting dahulu ye.

 

3) Buat TO-DO-LIST

Setiap hari sebelum tidur, buat TO-DO-LIST untuk esok hari. Apa yang kita nak buat esok, supaya hari kita lebih teratur dan matlamat tercapai. Contohnya : Saya nak basuh baju pada pukul 8 pagi. Jadi, pukul 8 pagi keesokannya saya mesti basuh baju.

 

Tips Bijak Menguruskan Masa To-Do-List-Nothing

 

4) Jangan bertangguh!

Ini sikap yang susah untuk ditinggalkan bukan? Sekali lagi, buat perkara yang lebih penting. Bertangguh dari melakukan perkara yang tidak penting adalah lebih baik. Contohnya kita berkeinginan untuk menonton televisyen sedangkan urusan dapur masih belum selesai. Tangguhkan dulu keinginan untuk menonton televisyen tersebut. Selesaikan urusan dapur dahulu. Barulah kerja kita tidak tergendala.

 

5) Bantuan orang sekeliling

Minta tolong suami, ibu atau kawan kita jika kita terlupa untuk melalukan sesuatu kerja. Minta bantuan mereka untuk mengingatkan kita. Selain itu, kita juga sangat memerlukan bantuan orang sekeliling kita bagi membantu kita menjayakan TO-DO-LIST yng kita nak buat. Jika kita nak basuh baju pada pukul 8 pagi, tetapi tiba-tiba ada tetamu yang datang ke rumah. Kita tak sempat nak basuh baju. Kita boleh minta bantuan orang dalam rumah kita untuk membasuh baju tersebut. Secara tak langsung, mereka sudah membantu kita menyelesaikan TO-DO-LIST kita.

 

Tips Bijak Menguruskan Masa

Masa 24jam yang Allah beri pada kita janganlah disia-siakan. Gunakan masa sebaik-baiknya. Tinggalkan perkara yang tidak berfaedah. Selalu orang sebut jangan membuang masa. Tetapi kita bukannya membuang masa tersebut. Kita telah isikannya dengan perkara yang sia-sia. Yang langsung tidak memberi apa-apa input dan keuntungan kepada diri kita. Ingatlah, setiap saat kita ini akan disoal Allah Ta’ala di akhirat kelak. Semoga kita menjadi hamba Allah yang bijak menguruskan masa.

InsyaAllah.