Tag Archives: memandu

Jom Berzikir Sambil Memandu

Apa yang kita buat semasa memandu..adakah kita selalu berzikir, menyanyi, berselawat, baca al-Quran, ataupun membebel?

Kalau trafik jammed, makin lama lah kita meluangkan masa untuk memandu sambil _______ . (isi tempat kosong sendiri)

Baik benda yang kita buat, murahlah rezeki kita insyaAllah. Sebaliknya, jauhlah kita dari rahmat Allah.

 

Jom Berzikir Sambil Memandu

 

Antara aktiviti yang saya dan isteri selalu buat masa drive, terutamanya bila drive jauh-jauh, adalah dengar alunan zikir. Sekarang ni dah banyak album zikir yang diselitkan dengan terjemahannya. Jadi, siapa-siapa yang tak berapa pandai bahasa Arab pun boleh faham zikir-zikir dengan mudah.

 

Dulu ayah saya pernah ajar zikir dalam iktidal. Panjang skit la dari zikir biasa. Tapi saya tak sempat nak hafal.

Sekarang bila dengar hari-hari, skali dengan maksud dia, kita jadi lebih teruja. Rasa nak hafal, dan rasa nak amalkan dalam solat harian kita. Tengok balik, bukannya panjang mana pun. Lebih 2-3 saat je dari zikir biasa (Rabbana lakalhamd).

Apakah zikirnya? Nin dia..

Jom Berzikir Sambil Memandu

Zikir Iktidal

 

Yang bermaksud: “Wahai Tuhan Kami, bagiMu segala pujian yang banyak, baik dan yang ada barakah padanya”.

Banyak lagi zikir-zikir yang kami dapat hafal, dan tak kurang juga yang ‘terhafal’ dari album-album zikir sebegini.

Kalau nak boleh dapatkan kat link ni. Zikir Para Perindu Syurga. Recommended by us. ^_^

 

Jom Berzikir Sambil Memandu

Sekian. Salam zikir.

Saif Khalid