Tag Archives: migrain

Atasi Sakit Kepala Migrain

Apa itu Sakit Kepala Migrain?

 

Migrain adalah sakit kepala yang amat sangat. Terjadi di bahagian tertentu di kepala.

Sering berlaku apabila ada saluran darah tersumbat dan menyebabkan darah tak dapat mengalir ke bahagian tertentu.

Pesakit migrain selalu mengalami tanda seperti flash light atau blindspot sebelum sakit kepala, juga sensitif kepada cahaya dan bunyi.

Tempoh serangan pula berbeza-beza. Ada yang sekejap, ada yang berjam-jam dan ada yang berhari-hari!

 

atasi sakit kepala migrain shaklee

 

Nasihat doktor kepada pesakit migrain, hindari;

 

1. Bunyi bising, dan cahaya yang kuat

2. Aktiviti merokok, atau menghidu asap rokok

3. Terdedah kepada asap

4. Melewatkan makan. Apatah lagi skip waktu makan

5. Stress. Belajar cara mengendalikan tekanan, di tempat kerja mahupun di rumah

6. Pola tidur yang tidak seragam

7. Makanan berMSG

 

Bagaimana Atasi Sakit Kepala Migrain?

 

1. Tidur yang mencukupi

2. Minum air kosong secukupnya. Orang dewasa disarankan minum 3 liter sehari. Saya sendiri sejak mengamalkan minum air kosong yang mencukupi, sudah sangat jarang sakit kepala. Baca kepentingan minum air kosong.

3. Pelajari kaedah menangani stress

4. Bekam. Saya ada seorang kenalan yang berjaya atasi migrain dengan berbekam. Pada mulanya, tempat sakit migrainnya sering berpindah. Jika dibekam di belakang, sakit di belakang reda, tetapi migrain akan berpindah ke hadapan. Jika bekam di kanan, sakit itu akan bertukar ke tempat lain. Ikhtiar terakhir beliau – bekam keseluruhan kepala. Migrainnya hilang! Hebat bukan?

5. Amalkan set migrain Shaklee. Apa yang ada dalam set migrain Shaklee?

B-Complex, Ostematrix & ESP

B-Complex : Meredakan alahan, mencegah anemia

Ostematrix: Meringankan stress

ESP: Tingkatkan keberkesanan B-Complex & Ostematrix.

Testimoni Set Sakit Kepala Migrain Shaklee

Ingin dapatkan set migrain di atas?

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pesanan.

Juga boleh beli secara online dari link ini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN