Tag Archives: pantang

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada saya untuk merasa pengalaman yang hebat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Sewaktu berpantang anak pertama dulu, saya ada menggunakan set berpantang XXX. Untuk kelahiran yang kedua ini saya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat rasa perbezaannnya! Saya sendiri teruja dengan hasil yang saya perolehi.

 

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Perbezaan yang saya rasa :

Sebelum tu……………. Tonton video ni sampai habis. Macam ni lah perasaan saya waktu berpantang dulu.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

1) Luka jahitan episiotomi cepat baik.

Sewaktu kelahiran pertama, macam-macam petua saya ikut untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Saya juga terpaksa berpantang dari memakan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Risau jahitan lambat baik. Tetapi, untuk kelahiran kedua ini, saya rasa awesome sangat bila luka jahitan cepat sembuh! Seminggu saja rasa sakit luka jahitan dan hilang. Malah luka sembuh dengan baik dan jahitannya sudah mula tertanggal! Alhamdulillah.

 

2) Tidak sembelit

Saya mengalami sembelit yang agak teruk sewaktu kelahiran pertama. Saya terpaksa makan ubat sembelit dari farmasi. Kesannya, anak saya mengalami cirit-birit. Khadijah yang lahir 3.1kg, selepas 10 hari beratnya turun kepada 2.5kg. Allah… rasa bersalahnya saya ketika itu kerana menyebabkan Khadijah cirit. Dia kerap berak. Saya suspect ini berpunca daripada ubat sembelit yang saya ambil. Selepas saya berhenti makan ubat sembelit tersebut, Khadijah sudah tidak berak terlalu kerap lagi. Lega saya rasa. Untuk kelahiran kedua ini, saya mengamalkan pengambilan Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur. Dengan izin Allah, saya tak sembelit langsung! Dan saya tak takut untuk membuang air besar. Dulu, saya takut sangat bila hendak membuang air besar. Mengenangkan luka jahitan episiotomi akan terbuka jika saya mengalami sembelit. Seriau!!

 

3) Lebih bertenaga

Untuk kelahiran kedua ini, saya rasa sangat bertenaga. Sampai ada yang tegur ni orang dalam pantang ke tak? Hehe.. Sebab energetic sangat. Saya perlu menjaga Khadijah dan Muhammad. Malah saya perlu menyusukan dua anak. Ya, Khadijah masih belum bercerai susu. Semasa Muhammad lahir, usianya dua tahun 2 minggu. Dia masih dalam proses bercerai susu. Saya juga dapat bangun melakukan kerja rumah dan menguruskan Khadijah dan Muhammad.

 

4) Susu meriah!!

Disebabkan saya tandem nursing, saya memang memerlukan suplemen yang dapat memberi tenaga kepada saya. Demand untuk susu sangat tinggi. Disebabkan mood saya baik dan positif semasa berpantang, saya rasa seronok sangat dapat menyusukan anak-anak saya dengan baik. Kalau diikutkan memang letih dan stress juga menyusukan 2 orang. Tapi badan saya rasa fresh selalu, jadi bersemangat! Alhamdulillah dapat tandem nursing kali ini.

 

5) Kurang rasa sakit badan

Lenguh-lenguh dan sengal-sengal badan berkurang semasa saya dalam pantang. Saya sakit-sakit badan pun hampir tiada. Dulu, saya rasa stress sangat dengan badan yang letih, menyusukan anak lagi. Lenguh pinggang menyusukan anak. Sekarang, tidak lagi! Alhamdulillah.

 

Klik untuk besar

SET BERPANTANG SHAKLEE

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

Saya suka sangat dengan set berpantang Shaklee ini. Rasa sangat berbeza! Ini testimoni dari saya sendiri. Jika diizinkan Allah untuk mengandung dan beranak lagi, semestinya Shaklee menjadi pilihan hati saya. 😉

 

Nak berpantang dengan Shaklee??

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Saya akan bimbing sebaik mungkin.

Boleh juga klik link ini untuk beli Set Berpantang Shaklee secara online.

 

Sekian.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Tidak Perlu Berpantang Lagi

Ramadan baru-baru ini merupakan sebuah Ramadan yang cukup bermakna buat kami sekeluarga.

Ramadan kali ini kami lalui dengan seorang ahli baru – seorang anak lelaki yang dilahirkan kira-kira 2 minggu sebelum puasa.

Saya sekali lagi diberi tugas mengimamkan solat tarawih di surau Kulim Square. Alhamdulillah berjaya mengemudi jemaah sebulan penuh dengan 8 rakaat tarawih setiap malam, berseorangan. Bacaan Al-Quran dalam solat berjaya dibaca hampir separuh Al-Quran.

Mungkin bacaan ini tidak sebanyak imam-imam di tempat lain. Tetapi tidak dinafikan, tugas ini agak mencabar. Kesihatan yang baik adalah sangat diperlukan.

Format program Surau Al-Islah Kulim Square mungkin agak berbeza dengan kebiasaan surau. Atas keputusan bersama, surau kami melakukan solat tarawih sejurus selepas solat sunat ba’diah Isyak, diikuti 3 rakaat witir. Selesai semua solat barulah disambung slot tazkirah.

Tazkirah di penghujung malam agak menguji ketahanan mental dan fizikal jemaah. Kadang kala agak ramai yang ‘tunduk patuh’ sepanjang tazkirah. Tuan Imam tak kurang juga cabarannya.

Jadi saya cuba memasukkan dos Vita-Lea semasa berbuka puasa. Multivitamin Vita-Lea memang telah menjadi makanan harian kami sejak tahun lepas.

Kesannya hebat! Saya kekal segar dengan kepala tegak sehingga selesai tazkirah. Dan masih bertenaga membawa jemaah bertadarus Al-Quran yang selalunya selesai sekitar jam 12 tengah malam.

Keesokannya saya berkongsi cerita dengan Pak Long, dan saya berikan kepadanya 2 tablet Vita-Lea – sebiji dimakan sewaktu berbuka puasa dan sebiji lagi untuk sahur.

 

VitaLea Dokong

 

Besoknya, Pak Long datang kepada saya dan mengatakan bahawa beliau tidak lagi sakit lutut.

Pak Long bersama beberapa jemaah lain masing-masing terus mendapatkan sebotol Vita-Lea dari saya, supaya dapat lebih aktif beramal dan beribadat di bulan yang mulia tersebut.

*

*

*

Tidak Perlu Berpantang Lagi.

 

Baru-baru ini, ketika bermesra dengan ahli kariah, Pak Long mengadu sesuatu kepada saya.

Beliau kini cukup berselera makan! Sekali makan siap boleh tambah.

Kalau dulu berkira-kira untuk makan buah dokong, takut ‘tangkap urat’, kini katanya boleh makan puas-puas.

“Sebakul pun boleh habis!”, ujar Pak Long.

Sejak mengamalkan Vita-Lea, Pak Long semakin cergas. Dan yang paling penting, tidak perlu berpantang lagi.

 

Alhamdulillah..satu anugerah yang besar apabila dapat membantu saudara lain. Saya hanya berkongsi apa yang saya rasa bagus bagi diri saya dan orang lain.

 

Melalui pembacaan saya, Vita-Lea adalah multivitamin yang dapat membantu mengekalkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Semua orang pun boleh berVita-Lea! 🙂

Bacaan lanjut tentang Vita-Lea disini.

 

Vita-Lea - Tidak Perlu Berpantang Lagi

 

 

Klik link ini untuk memesan Vita-Lea secara online sekarang.

RM88.75, 120 tablet. Makan 1-2 tablet sehari.

 

 

 

 

 

Sekian.

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Ibu yang baru melahirkan anak pasti tidak terlepas melalui tempoh berpantang. Ada yang suka, dan ada yang tidak menyukainya. Biasalah, banyak sangat restriction. Hehe… Ini tak boleh makan, itu tak boleh makan. Kena banyak sabar. Dua bulan saja tempoh berpantang. Dah bertahun-tahun kita makan kan.. Setakat dua bulan tu , pejam celik pejam celik dah habis. 😀 Baby pun dah besar.

 

Set Berpantang Shaklee

Hari ni, saya nak berkongsi dengan para pembaca mengenai Set Berpantang Shaklee yang memang HOT di pasaran! Kalau dulu, orang berpantang dengan jamu, rebus daun-daun kayu. Tapi sekarang dah moden, semua masuk mulut, telan saja. Hehe.. Yang penting kesihatan ibu dan anak semasa dalam pantang TIPTOP. Zaman sekarang, orang nak benda yang cepat dan efektif. Sebab itulah Set Berpantang Shaklee menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan, ditambah dengan khasiatnya yang hebat, dapat membantu kesihatan ibu-ibu dalam pantang.

Jom kita intai-intai apa yang ada dalam Set Berpantang Shaklee ni.

 

Untuk Set Asas Berpantang Shaklee, ianya terdiri daripada :

1) Vitalea

Kandungan : Mengandungi vitamin A, D, E, C B1, B2, B3, B6, B12, B5, Asid folik, Biotin, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat besi, Magnesium, Copper dan zinc. Anda boleh merujuk kepada entry mengenai vitalea di sini.

Fungsi : Ianya dapat membantu ibu berpantang dalam memberi penambahan tenaga segera, pelengkap nutrisi, membantu stimulasi metabolisma dan menyediakan asas nutrisi untuk pertumbuhan sel baru dalam tubuh badan.

 

2) B-Complex

Kandungan : Mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.

Fungsi : Ianya dapat membantu melawan tekanan, mengelakkan kemurungan dan insomnia. Ibu berpantang sangat penting untuk berada dalam keadaan yang tenang. Jika berada dalam keadaaan tertekan, ianya boleh membawa kepada tekanan perasaaan atau lebih teruk dikatakan meroyan. Kestabilan emosi adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan ibu berpantang adalah baik.

 

3) Vitamin C

Kandungan : Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya. Mengandungi 120mg bioflavonoid.

Fungsi : Ianya dapat memperbaiki simptom pendarahan, meningkatkan sistem imun badan dan mampu menghapuskan radikal bebas. Ibu berpantang sangat-sangat memerlukan imuniti yang tinggi dari mudah diserang penyakit ketika berpantang.

 

4) Zinc Complex

Kandungan : Mengandungi zinc glukonat semulajadi, kalsium dan serbuk alfalfa untuk mengahsilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh.

Fungsi : Ianya dapat meningkatkan sistem imun badan, memepercepatkan pemulihan luka dan mengurangkan keguguran rambut. Untuk ibu berpantang yang bersalin secara pembedahan, adalah digalakkan untuk mengambil zinc bagi mempercepatkan kesembuhan luka selepas pembedahan. Bukan itu sahaja, masalah keguguran rambut juga dapat diselesaikan dengan pengambilan zinc ini.

 

Untuk penambahan Set Berpantang Shaklee (Premium) :

5) Ostematrix

Kandungan : Kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Fungsi : Ianya dapat menguatkan tulang, gigi dan dapat melegakan kekejangan dan kebas-kebas. Ianya juga dapat meringankan stress, mengimbangi tekanan darah, menggalakkan tidur yang selesa, sakit kepala dan depresi. Pengambilan kalsium adalah sangat penting buat ibu berpantang kerana mereka perlu untuk kekal sihat setelah mengandungkan bayi mereka selama 9 bulan. Banyak kalsium yang telah berkurang dan perlu diganti semula.

 

6) Energizing Soy Protein (ESP)

Kandungan : Dihasilkan daripada 30kg non-GMO soya. Ianya mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ianya diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Fungsi : Ianya dapat membantu membina otot, kuku, rambut dan darah. Ianya juga dapat membekalkan tenaga dengan segera dan merangsang pembentukan semula kulit dan otot serta dapat mengurangkan kedutan. Ianya sangat baik diambil ketika berpantang kerana ibu berpantang akan kerap menyusukan anak mereka. Mereka memerlukan tenaga yang berpanjangan untuk terus menjayakan penyusuan mereka.

 

Set Berpantang Shaklee

Klik untuk besar

 

 

Melalui pengalaman saya, semasa dalam pantang memang kita para ibu memerlukan tenaga yang banyak. Dengan kekerapan menyusukan anak, membuatkan kita kadangkala cepat letih dan tertekan. Sebab itulah Set Berpantang Shaklee perlu diambil bagi memberi tenaga, meredakan tekanan dan memperbaiki kesihatan kita setelah 9 bulan mengandungkan bayi. Malah , kesihatan yang baik ini dapat membuatkan kita sentiasa segar bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian.

InsyaAllah, untuk kelahiran anak kedua tidak lama lagi, saya akan mencuba Set Berpantang Shaklee ini. Sewaktu anak pertama dulu, saya masih belum kenal dengan Shaklee. Terlepas kapal lah kan. 🙂 Berpantang pun gitu-gitu sahaja. Saya jarang sakit-sakit sebelum beranak, tetapi selepas melahirkan Khadijah, badan mula sakit-sakit, kebas-kebas, letih dan lesu. Melihatkan testimoni ramai pengguna yang jatuh cinta dengan Set Berpantang Shaklee ni membuatkan saya tak sabar nak merasai perbezaannya!

Anda pun nak cuba? JOM!

 

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor