Tag Archives: Shaklee

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada saya untuk merasa pengalaman yang hebat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Sewaktu berpantang anak pertama dulu, saya ada menggunakan set berpantang XXX. Untuk kelahiran yang kedua ini saya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat rasa perbezaannnya! Saya sendiri teruja dengan hasil yang saya perolehi.

 

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Perbezaan yang saya rasa :

Sebelum tu……………. Tonton video ni sampai habis. Macam ni lah perasaan saya waktu berpantang dulu.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

1) Luka jahitan episiotomi cepat baik.

Sewaktu kelahiran pertama, macam-macam petua saya ikut untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Saya juga terpaksa berpantang dari memakan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Risau jahitan lambat baik. Tetapi, untuk kelahiran kedua ini, saya rasa awesome sangat bila luka jahitan cepat sembuh! Seminggu saja rasa sakit luka jahitan dan hilang. Malah luka sembuh dengan baik dan jahitannya sudah mula tertanggal! Alhamdulillah.

 

2) Tidak sembelit

Saya mengalami sembelit yang agak teruk sewaktu kelahiran pertama. Saya terpaksa makan ubat sembelit dari farmasi. Kesannya, anak saya mengalami cirit-birit. Khadijah yang lahir 3.1kg, selepas 10 hari beratnya turun kepada 2.5kg. Allah… rasa bersalahnya saya ketika itu kerana menyebabkan Khadijah cirit. Dia kerap berak. Saya suspect ini berpunca daripada ubat sembelit yang saya ambil. Selepas saya berhenti makan ubat sembelit tersebut, Khadijah sudah tidak berak terlalu kerap lagi. Lega saya rasa. Untuk kelahiran kedua ini, saya mengamalkan pengambilan Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur. Dengan izin Allah, saya tak sembelit langsung! Dan saya tak takut untuk membuang air besar. Dulu, saya takut sangat bila hendak membuang air besar. Mengenangkan luka jahitan episiotomi akan terbuka jika saya mengalami sembelit. Seriau!!

 

3) Lebih bertenaga

Untuk kelahiran kedua ini, saya rasa sangat bertenaga. Sampai ada yang tegur ni orang dalam pantang ke tak? Hehe.. Sebab energetic sangat. Saya perlu menjaga Khadijah dan Muhammad. Malah saya perlu menyusukan dua anak. Ya, Khadijah masih belum bercerai susu. Semasa Muhammad lahir, usianya dua tahun 2 minggu. Dia masih dalam proses bercerai susu. Saya juga dapat bangun melakukan kerja rumah dan menguruskan Khadijah dan Muhammad.

 

4) Susu meriah!!

Disebabkan saya tandem nursing, saya memang memerlukan suplemen yang dapat memberi tenaga kepada saya. Demand untuk susu sangat tinggi. Disebabkan mood saya baik dan positif semasa berpantang, saya rasa seronok sangat dapat menyusukan anak-anak saya dengan baik. Kalau diikutkan memang letih dan stress juga menyusukan 2 orang. Tapi badan saya rasa fresh selalu, jadi bersemangat! Alhamdulillah dapat tandem nursing kali ini.

 

5) Kurang rasa sakit badan

Lenguh-lenguh dan sengal-sengal badan berkurang semasa saya dalam pantang. Saya sakit-sakit badan pun hampir tiada. Dulu, saya rasa stress sangat dengan badan yang letih, menyusukan anak lagi. Lenguh pinggang menyusukan anak. Sekarang, tidak lagi! Alhamdulillah.

 

Klik untuk besar

SET BERPANTANG SHAKLEE

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

Saya suka sangat dengan set berpantang Shaklee ini. Rasa sangat berbeza! Ini testimoni dari saya sendiri. Jika diizinkan Allah untuk mengandung dan beranak lagi, semestinya Shaklee menjadi pilihan hati saya. 😉

 

Nak berpantang dengan Shaklee??

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Saya akan bimbing sebaik mungkin.

Boleh juga klik link ini untuk beli Set Berpantang Shaklee secara online.

 

Sekian.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Atasi Darah Tinggi Tanpa Ubat

Atasi Darah Tinggi Tanpa Ubat

 

Darah tinggi adalah antara penyakit yang paling popular di Malaysia. Dan di dunia juga barangkali.

Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah antara penyumbang terbesar kepada penyakit ini.

Dahulu kita sering jumpa golongan emas ke hospital untuk mendapatkan ubat darah tinggi.

Tetapi kini, golongan muda juga mengalami situasi tersebut.

 

atasi darah tinggi tanpa ubat shaklee garlic omega guard alfalfa

 

Pesakit perlu makan ubat yang diberikan hari-hari. Selalu juga saya jumpa golongan veteran yang terpaksa makan ubat darah tinggi sehingga hari-hari terakhir mereka.

Persoalan timbul di fikiran saya. Adakah itu ubat? Ubat sepatutnya mengubati. Bermakna kita tidak sepatutnya berubat untuk selamanya.

Jika hari-hari kita perlu makan ‘ubat’ tersebut, maka ia bukanlah ubat. Tetapi hanya mengawal pesakit dari menjadi lebih kronik.

 

Usahalah mencari ubat sebenar kepada penyakit ini. Yang dapat menjadi penawar kepada darah tinggi.

 

Anda juga boleh dapatkan set darah tinggi Shaklee. Ramai yang telah berjaya mengawal darah tinggi selepas makan set tiga serangkai ini. (Bukan penyakit tiga serangkai OK. 🙂 )

Garlic Complex, Omega Guard & Alfalfa Complex. Set 3 produk ini berharga RM237.25.

(Harga di atas untuk set bersama Alfalfa (Small) 330 tablet, bukan large 700 tablet seperti dalam gambar).

 

Set Darah Tinggi Shaklee atasi darah tinggi tanpa ubat

 

Garlic Complex membantu merendahkan tekanan darah, dan menurunkan kolesterol.

Omega Guard, minyak ikan terbaik, mencegah saluran darah sumbat dan strok.

Alfalfa Complex mencuci darah dan hati, menyingkirkan lemak dan kolesterol, dan mencegah artritis.

 

Bismillah. Klik sini jika anda ingin mengawal darah tinggi anda. Kita ikhtiar, kepada Allah kita berharap.

 

Jika anda mempunyai dana lebih, boleh pilih untuk berubat dengan Vivix.

Ikuti link ini untuk bacaan lanjut tentang Vivix dan membuat pembelian online.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Testimoni Nutriferon

Testimoni Nutriferon

 

Anak kedua saya, Muhammad baru berusia 2 bulan 3 minggu hari ini. Alhamdulillah. Kisahnya, sewaktu dia baru sebulan, dia diserang batuk berkahak dan selsema. Ya Allah… Bunyi batuknya yang berkahak itu sepertu batuk orang dewasa. Takut jugak saya dengar. Setiap kalu dua batuk, rasa macam nak korek kerongkong dia bagi keluar semua kahak yang ada. Kesian sangat dengan Muhammad waktu tu. Dengan selsema yang meleleh-leleh. Dugaan buat saya sebagai ibu.

Saya ikhtiar dengan mengambil Nutriferon Shaklee. Sehari saya ambil 1 sachet dan 2 biji Sustained Release Vitamin-C yang dipatahkan dulu sebelum makan. Saya amalkan selama mana Muhammad batuk dan selsema. Tau-tau hari ke4 atau ke5 , batuk dan selsema Muhammad dan lega. Alhamdulillah. Saya pun tak sedar bila hingusnya dah tak ada. Hehe. Bila Muhammad dah tak batuk, saya pun baru sedar “Eh! Muhammad dah tak batuklah”, saya cakap pada suami ketika itu.

Pada masa yang sama, anak sulung saya Khadijah juga mengalami selsema. Kami berikan dia Nutriferon juga. Dia sangat sukakannya sehingga kami terpaksa sorokkan bekas Nutriferon dari dia. Dia suka sangat dengan rasa Nutriferon tu. Hari-hari dia minta. Huhu… Alhamdulillah Khadijah pun baik cepat. Dan sampai sekarang kami masih sorokkan Nutriferon dari dia. Kalau tak, mengamuk dia nak Nutiferon.

Nutriferon membantu meningkatkan imuniti badan seseorang. Sebab itu bila demam, saya ikhtiar dengan Nutriferon. Dengan izin Allah,  demam pun lega.

Ibu yang lepas bersalin juga disarankan untuk mengambil Nutriferon supaya dapat meningkatkan imuniti badan kita. Selepas bersalin, badan menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. Nutriferon juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit selepas bersalin. InsyaAllah.

Ini testimoni Nutriferon yang saya sendiri rasa. Banyak lagi testimoni Nutriferon yang boleh anda semua perolehi dari carian google.

 

Testimoni Nutriferon Shaklee

Nutriferon Shaklee, mengandungi 30 sachet * 1.2g. RM181.25

Ingin dapatkan sekarang? Klik link ini.

 

 

Sekian.

Selamat mencuba Nutriferon.  Rasa sedap, badan sihat!!

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Badan Sihat Dengan Vita-E Complex

Badan Sihat Dengan Vita-E Complexâ„¢

 

Vita-E bukan ke untuk kulit?

Ya benar.

Tapi bukan untuk kulit semata-mata tau.

Banyak lagi kelebihan makan Vita-E ni. Lebih-lebih lagi Vita-E Complexâ„¢ Shaklee.

 

Kenapa dipanggil Vita-E Complexâ„¢?

Sebab ada macam-macam lagi dalam kapsul dia selain vitamin-E.

Ia mengandungi selenium semulajadi, bersama Grape Seed Extract. Menjadikan ia vitamin-E terlengkap di pasaran!

 

Vita-E Complexâ„¢ adalah Anti-Oksidan yang kuat.

Anti-oksidan kuat akan melawan kanser, menguatkan sistem imun, menghalang pertumbuhan tumor dan memperbaiki masalah penglihatan.

Vita-E Complexâ„¢ juga Melindungi Jantung.

Ambil 800IU Vitamin-E sehari-hari untuk jantung yang sihat. Melindung sel darah merah. Mengurangkan tekanan darah.

Vita-E Complexâ„¢ adalah Anti Penuaan.

Dengan cara mengurangkan kedutan, garis halus, parut, jerawat dan bintik hitam.

Vita-E Complexâ„¢ Meningkatkan Tenaga.

Terbukti dapat meningkatkan tenaga seksual.

Vita-E Complexâ„¢ menghalang Keguguran.

Vita-E Complexâ„¢ meningkat kemampuan Reproduktif.

Lelaki yang mengambil Vitamin-E setiap hari mampu meningkatkan bilangan sperma mereka.

 

Badan Sihat Dengan Vita-E Complexâ„¢

 

Testimoni pengguna Vita-E Complex™ Shaklee yang tersenyum lebar. 😀

 

Testimoni Badan Sihat Dengan Vita-E Complex

Berita baik!!

Bulan ni (Jun 2014), promosi Shaklee Malaysia adalah Vita-E Complexâ„¢. Ya, beli 6 PERCUMA 1!

Ada apa dengan promosi Beli-6-Percuma-1 ini?

  • Anda berhak mendapat keahlian Shaklee secara PERCUMA. (bernilai RM65)
  • Cashback bulan depan sekitar RM35.
  • Aplikasi auto-post di Facebook anda. (Eksklusif untuk anda yang mendaftar ke dalam keluarga Shaklee kami)
  • Badan sihat dan kulit lebih cantik! 😀

 

Badan Sihat Dengan Vita-E - Promo June 2014

Badan Sihat Dengan Vita-E Complex – Promo June 2014

 

Badan Sihat Dengan Vita-E Complexâ„¢

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

 

Serbuk Kolagen Shaklee mula diperkenalkan pada tahun 2012.

Lambatnya?

Mungkin agak lambat, tapi kemunculannya di pasaran Malaysia mampu menggugat pengeluar kolagen yang sedia ada.

Kenapa?

Shaklee terkenal dengan produknya yang sentiasa berkesan.

Telah bertapak di Malaysia lebih 20 tahun, ramai yang telah yakin akan keberkesanan produk Shaklee.

Anda pernah makan Shaklee dan tak rasai perbezaannya? Hubungi kami sekarang. Mungkin ada yang tak kena dengan tatacara penggunaannya.

 

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

 

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

 

Setiap hidangan serbuk kolagen Shaklee mengandungi 4,000mg sisik ikan merah. Kolagen dari sisik ikan merah adalah kolagen yang berkualiti tinggi.

Ia juga dicampur dengan tujuh bahan sokongan iaitu;

  • Ekstrak biji benih Camellia Japonica
  • Ekstrak Pfaffia
  • Kolagen ikan
  • Ekstrak kerang
  • Lactobacilus Acidophilus
  • Vitamin-C
  • Vitamin-B

 

Khasiat utama Collagen Powder Shaklee?

  • Menyokong pembentukan kolagen – menegangkan kulit, menganjalkan kulit dan melembutkan kulit
  • Mengecil liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • Kulit lebih putih dan licin
  • Kuku tumbuh dengan lebih kuat
  • Rambut lebih tebal dan bersinar
  • Menegang dan menganjal payudara
  • Menguatkan tulang
  • Baik untuk mata

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

 

Bagi yang tak biasa dengan kolagen Shaklee, rasanya agak hanyir.

Tapi kalau tak hanyir bukanlah namanya kolagen kan. 🙂

Atau pun kalau tak hanyir, komposisi kolagen dalam produk itu adalah sangat rendah.

Tepuk dada, tanya iman, nak bagi kulit sihat? Tutup hidung, telan. Burp.

Terbukti Berkesan!

[box type=”info”] Serbuk kolagen Shaklee terbukti berkesan memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kajian mendapati tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik dengan peningkatan sebanyak 71% dalam masa 8 minggu. [1][/box]

 

Dan yang paling penting, berat molekular Collagen Powder Shaklee adalah sangat rendah. Sekitar 1000Dalton! Lagi rendah, lagi mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Tak guna kalau minum yang beribu-ribu mg kolagen tapi Daltonnya tinggi tau.

 

Kenapa anda perlu pilih Collagen Powder Shaklee?

√  Mudah dibawa ke mana sahaja

√  Mudah larut dalam air

√  Ramuannya 100% asli, semulajadi dan selamat. Tiada gula, pengawet, pewarna.

√  Boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda, termasuk jus buah, ESP ataupun Meal Shakes.

 

[1] A Study on Usefulness of Orally Administered Collagen Peptides Derived from Edible Marine Fish Scales on Human Skin and Hair. Yuzo Fujimoto et al. FRAGRANCE JOURNAL, May 2007. 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

1 2 3