Tag Archives: siapa

Ilmu Milik Siapa?

Ilmu Milik Siapa?

 

“Duk ajar budak universiti Engineering Drawing, C-Programming, ingat kau handal?”

“Ajar budak SPM subjek Add. Maths, Fizik, hebat sangat ke?”

 

Hari ni aku disedarkan dengan sesuatu. Bahkan belajar sesuatu yang amat berharga. Mungkin selama ni duk rasa bagus, pandai, bijak.

Apakah kemahiran yang ada pada diri ini AKU yang punya?

 

Sama sekali tidak. ILMU itu milik Allah, tuhan sekalian alam.

 

Hari ni berkesempatan tolong isteri mengajar anak jiran, pelajar tahun 2.

Hari ni pelajaran BI. Bahasa Inggeris.

 

Buka buku cerita “Lina at School.”

First page, ada gambar besar, dan dua ayat di bawahnya.

This is Lina.

She is seven years old.

 

Saya baca, kemudian suruh dia ikut.

He: Thee e Lina. Shee eeees seven years old.

Me: No. This is Lina.

He: These eees Lina. She eees seven years old.

 

Ok fine. Panjang pendek harakat dia tu xpa lagi. Dengan beberapa kali ajar, he finally boleh sebut This is dengan betul.

Kemudian saya suruh dia ulang sekali lagi.

He: This a Lina. He is seven year old.

 

Ilmu Milik Siapa?

 

Saya bacakan lagi untuk dia. Dan suruh dia ulang lagi.

Macam-macam perkataan disebutnya;

“Is is Lina.”

“He this seven year old.”

“Thee ee Lina.”

“She a years old seven.”

“A is Lina.”

dan lain-lain.

 

Ilmu Milik Siapa? Life long learning

 

 

Aduh…berapa kali tepuk dahi. ‘a’ dan ‘is’ pun tak boleh beza ke???

Adakah ‘he’ dan ‘she’ kelihatan sama padanya??

 

Nak kata geram memang sangat geram lah. Duk kerling kat rotan sebelah ni. Nasib baik tak dan nak sambar. Kang nanti kene piap nangis pulak. Takpelah, kali ni I just raise my voice to him. Rotan tu kiv dulu.

Saya ulang baca untuknya 2 ayat tersebut, tak kurang dari 100 kali.

Sampai Khadijah yang berumur 1tahun 10bulan ni pun menyebut Lina at school! Tapi pelat skit la. šŸ˜‰

Ilmu Milik Siapa? Khadijah Membaca

 

Macam-macam duk terfikir dalam kepala ni. Bukan apa, sebab ni rasanya 1st-time jumpa anak murid camni. Selama ni asyik dapat yang ok-ok dan bagus-bagus je.

Just wondering, apakah punca terjadinya murid sebegini. He just can’t learn a lesson!

Kalau setakat tak dapat menulis xpa lagi. Even nabi Muhammad pun tak pandai menulis.

Tapi, sebagai manusia, bukankah sepatutnya kita boleh dengar-dan-sebut? Seperti nabi Muhammad menyebut kembali apa yang disebut malaikat Jibril.

 

Apakah puncanya? Adakah berpunca dariĀ kurang kasih sayang semasa proses pembesaran, atauĀ bahan beracun dalam makanan atau ubat-ubatan, ataukah terlalu dimanjakan?

Tertanya-tanya, supaya kita tak melakukan kesilapan yang sama kepada anak-anak kita kelak.

 

Ada yang kata dyslexia. Saya pun tak pasti. Cuma yang saya tahu, tulisannya sempurna. Dia mampu meniru tulisan dalam buku tersebut dengan sempurna, tanpa ada ‘b’ jadi ‘d’ atau seumpamanya.

 

Saya mengajar murid tersebut dari pukul 5:30pm sehingga 7pm.

Hanya 2 ayat tersebut!

Secara personal, 1-to-1.

Ya, satu jam setengah!

 

Sesi pengajaran tersebut terngiang-ngiang dalam kepala – semasa mandi, solat. Aduh.. Astaghfirullah..

 

Sehingga saya terpaksa akur, bahawa… yang memberi ilmu adalah Allah.

Yang membenarkan seseorang itu faham akan sesuatu adalah Allah, pemilik ilmu sekalian alam.

Kita hanya boleh menyampaikan. Tetapi kefahaman itu milik Allah.

Ya, petang tadi saya gagal mengajar murid itu. ‘a’ saya tak dapat ajar, ‘is’ pun saya tak dapat nak sampaikan kepadanya.

 

Ilmu Milik Siapa? Hauqalah arabic english

 

 

Semoga Allah membersihkan hati saya, semoga dapat menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.

Wallahu a’lam.

 

-SaifKhalid-