Tag Archives: solat

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

Solat berjemaah di masjid adalah satu tuntutan dalam Islam.

Beruntunglah siapa yang dapat solat berjemaah di masjid, dan rugilah siapa yang solat di rumah (walaupun berjemaah).

Ni pernyataan untuk lelaki sahaja ok.

 

Perempuan pula lebih baik solatnya di rumah.

 

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

 

Ada satu masalah umat Islam di Malaysia yang tak patut berlaku.

Orang yang pergi solat di masjid dianggap orang alim (ustaz), dan orang Islam yang biasa-biasa ni solat di rumah. Atau pun tak solat langsung.

Yang tak solat tu saya tak tahu nak kata apa. Cuma pesan saya, solatlah sebelum kamu disolatkan.

Sebab pesan Nabi kita, Islam itu tertegak dengan lima perkara. Dan solat adalah perkara kedua selepas dua syahadah.

Kalau tak solat, apakah layak dipanggil orang Islam?

Tuntutan solat di masjid tu bukanlah hanya untuk ustaz-ustazah. Tetapi kepada semua yang mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

 

Kadang-kadang kalau datang perasaan malas, saya motivasikan diri dengan berkata pada diri sendiri;

“Nabi duk tunggu kita kat masjid tu nak solat dengan umatnya. Tak nak ikut solat sama-sama dengan Nabi ke?”

“Allah dah panggil, pergilah solat. Tinggalkan dulu kerja tu. Takda maknanya. Rezeki kan Allah yang bagi.”

“Larat ke nak solat sendiri 27 kali? Berapa jam baru nak habis tu. Ruginya tak pergi solat di masjid.”

 

*****************

 

Ok, dah di masjid. Alhamdulillah.

Niat i’tikaf sudah, solat tahiyat masjid pun sudah. Boleh zikir dulu sementara tunggu iqamah.

Bila bilal iqamah, segeralah bangkit menuju ke saf hadapan, belakang imam, sebelah bilal kalau boleh.

Kan besar ganjarannya berada di saf pertama.

Saya masih ingat ustaz saya pernah kata, Nabi pesan, kalau kita tahu ganjaran azan dan duduk di saf pertama, nescaya kita akan berusaha sungguh-sungguh untuk dapatkannya, walaupun dengan cara undian.

Saya juga selalu membaca maksud hadis di atas di bahan bacaan lain. Cuma saya belum pernah pelajarinya secara terus dari kitab sahih Bukhari, jadi saya tak mahu quote matan/teks hadisnya di sini.

Apa yang saya rasa ralat dengan qaryah saya, kebanyakan jemaah langsung tak berebut untuk mendapatkan saf pertama. Selepas iqamah telah tamat beberapa ketika, barulah sorang-sorang bangkit menuju ke hadapan. Ruang belakang imam selalunya kosong. Masing-masing ambil port di bahagian tepi saf.

Bila ada kosong di saf hadapan, masing-masing pelawa orang sebelah untuk ke depan. Sepatutnya orang belakang terus ke depan. Kita yang patut rebut pahala tu, bukan offer orang lain. Macamlah pahala kita dah banyak sangat. Hehe.

 

Ok, balik kepada tajuk asal. Saya senaraikan adab-adab yang patut kita santuni di masjid.

  1. Segera ke saf hadapan. Rebutlah saf pertama. Rapat kepada imam. Orang yang tahu ganjarannya sudah berada di saf pertama sebelum iqamah lagi.
  2. Rapatkan saf. Pastikan bahu bertemu bahu. Kenapa, ingat masa zaman tadika/sekolah je ke syaitan duk menyelit di ruang kosong antara jemaah? 😉
  3. Jangan suka tengok sana sini ketika solat.
  4. Ikut imam serapat mungkin. Jangan delay. Guru saya sebut jangan terlewat lebih 3 rukun dari imam.
  5. Jika imam telah rukuk bila anda sampai, terus ikut imam walaupun imam tengah sujud. Maksud saya tak perlu tunggu imam berdiri sebelum ikut imam. Rugi.

 

Berikut adalah antara pemerhatian saya. Setidak-tidaknya apa yang berlaku di masjid qaryah saya.

Saya sangat terganggu bila ada antara jemaah buat point 3 & 4 di atas.

Lebih-lebih lagi point 4. Walaupun dia duduk satu saf dengan saya. Walaupun dia selang 4-5 orang dari saya, masih mengganggu.

Kadang-kadang dia seperti sedang solat sendirian. Imam sudah bangun dari sujud kedua dan bangkit ke rakaat seterusnya, dia baru terkial nak rukuk.

Saranan saya, jika tak dapat nak lajukan baca Al-Fatihah pun, bacaan zikir di rukuk sujud dan lain-lain bacalah seringkas mungkin. Tak perlu nak tadabbur dan tambahkan khusyuk anda sedangkan anda sedang mengganggu ahli jemaah lain dengan pergerakan anda yang tak seragam dengan jemaah itu.

Maaf, saya agak emosi dengan kes ini.

 

Itu sahaja buat kali ini. Jika para pembaca sekalian ada ingin menambah apa-apa yang mengganggu anda ketika solat, tuliskan sahaja di ruangan komen. Kita sama-sama perbaiki solat masing-masing.

 

Wallahu a’lam.

 

Saif Khalid

 

Ayah, Solat!

Ayah, Solat!

 

Suatu tengahari.

Sedang makan tengahari bersama isteri dan anak di sebuah restoran.

 

Azan Zuhur berkumandang di TV.

Allahu akbar~ Allahu akbar~

 

“Ayah, jom. Nak balik.”

“Jom balik. Cholat. Nanti kita mai lain.”

 

Dah besar lah anak ibuayah ni.

Alhamdulillah..

 

“Kalau kita biasakan diri dengan sesuatu,

dan anak kita perhatikan kita,

satu hari nanti,

dia yang akan ingatkan kita untuk lakukan perkara tersebut.”

 

Jadi biasakanlah diri dengan perkara baik.

Semoga Khadijah menjadi anak yang solehah. Amin…

 

 

Ayah, Solat!

pic: credit to akuastronaut.blogspot.com

– saif khalid –