Tag Archives: susah

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

Anak anda luar biasa bijak? Luar biasa aktif?

Dah nak masuk maghrib, tapi anak nak main lagi. Tak nak ikut mandi.

 

Itu perkara biasa dalam membesarkan anak-anak. Masing-masing dengan kerenah tersendiri.

Nak paksa masuk bilik air?

Orang Kedah kata “cempung ja masuk bilik air”.

Mungkin ada yang bertindak lebih agresif, tampar, herdik, dan lain-lain.

 

Setiap cara ada efek terhadap anak kecil.

Kebelakangan ini makin berleluasa video budak sekolah bergaduh bertumbuk.

Ya, ia sangat mengganggu dan membimbangkan ibu bapa. Lebih-lebih lagi ibu bapa muda yang baru membina keluarga.

 

Saya percaya bahawa pelajar sekolah yang bertindak memukul dan membuli rakan sebaya, mereka juga dibesarkan sedemikian rupa.

Mungkin mereka juga selalu dipukul ibubapa atau pengasuh semasa mereka kecil.

 

Nabi Muhammad telah mengajar kita cara mendidik anak kecil.

Kita diajar supaya menyuruh anak solat ketika berumur 7 tahun.

Ketika anak berumur 10 tahun, jika masih liat untuk solat, kita patut mengambil tindakan lebih keras, iaitu merotan mereka.

 

Ya, itu adalah arahan untuk menunaikan solat. Arahan tertinggi dalam agama Islam.

Umur 10 tahun baru boleh dirotan jika tidak solat.

Apakah ada arahan yang lebih hebat dari solat lima waktu?

Maka apakah kita boleh menghukum anak secara fizikal jika tidak mahu mandi, atau tidak mahu makan atau tidak mahu pakai baju?

Jauh sama sekali. Sebaliknya ia akan memberi kesan negatif kepada anak-anak.

 

Saya yakin ada banyak lagi cara memujuk anak untuk melakukan amalan seharian.

 

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

Seperti ibu bapa lain, kami juga menghadapi situasi sukar menyuruh anak mandi, makan, dan sebagainya.

 

Kata kunci di sini adalah ‘menyuruh’.

Anak kecil memang tak suka disuruh.

Mereka lebih senang diajak. Apa yang kita buat, dia akan ikuti.

 

(#1) Jadi kalau nak anak mandi, jangan suruh. Tapi kita ajak dia mandi.

Kami akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengajak anak.

Kadang-kadang, umpan bola di dalam bilik air akan menjadi. Tetapi kadang-kadang tidak.

Kami cuba ajak anak bermandi bersama mainan kegemaran – musical chicken. Yang dah rosak la. 😛

It works!

Tapi bila angin dia lain, tukar lagi strategi.

Kami acah-acah main kejar-kejar. Kejar dia sampai bilik air. Kalau tak jadi, kita buat-buat lari dari dia. Biar dia kejar kita. Akhir sekali, larilah masuk bilik air! Hehe. Insyaallah menjadi.

Hari ni lain pulak angin dia. Duk pening kepala sambil pegang tuala ajak anak mandi, tak mau-mau. Lastly, acah-acah letak tuala atas muka, buat-buat tak nampak. Jalan sambil tuala di muka, dan LANGGAR sesuatu!

Percayalah, anak akan gelak besar. Ha, masa tu lah kita cempung dia masuk bilik air.

 

Kalau marah-marah dan memaksa, takut keluar drama lain pulak. Si anak merengek melolok, ibubapa tukar jadi mood marah-marah. Kan tak syok tu.

 

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

(#2) Peluk anak panda anda.

Jika si comel mengendahkan permintaan anda, dekati dia.

Beri pelukan panas. (Baca: warm hug) Usap kepala, gosok belakangnya, cium-cium. Pasti si anak akan cair. 😉

Mintalah apa sahaja, pasti akan dapat.

Anak anda akan pulangkan kembali handset/remote/buku/cermin mata/minuman anda.

 

(#3) Cara mengelak rengekan anak kepada mainan/coklat di pasaraya.

Cuba alih perhatian dia kepada benda lain.

“Eh, ada kawan! Tengok dia nak p mana.” Sambil tunjuk kepada anak kecil lain di pasaraya.

Atau cakap, “Coklat ni untuk pakcik. Budak-budak tak boleh makan.”

“Khadijah dah ada ni kat rumah. Nanti balik kita main na.”

Strategi akan berubah mengikut apa yang berada di sekeliling.

Boleh juga gandingkan tips #2 bersama. Ya! Pujuk sambil peluk cium anak.

 

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

Walaubagaimana pun, kita perlu tegas bertempat.

Bila sebut anak kecil tak boleh dirotan, bukan bermakna kita iakan, atau berikan segalanya kepada anak.

Apa yang merbahaya, dah tentu kita wajib bertegas dengan anak.

 

Cuma elakkan seboleh mungkin dari beberapa situasi yang selalu saya temui berikut;

  • Kejar anak sambil pegang rotan/hanger/selipar
  • Herdik anak “Aku sepak kang baru tau”, “Hang ni tak reti bahasa ka?”, “Hang ni boleh tak jangan susahkan mak.” dan seumpamanya.

 

 Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

Akhir kata, mungkin sesetengah dari kita dibesarkan dengan suasana yang tidak cukup baik. Tetapi adakah kita merelakan suasana seteruk kita dahulu berlaku kepada anak kita? Kitalah yang menentukan corak hidup anak kita, sama ada mimpi-mimpi ngeri atau taman-taman syurga. Pilihan di tangan kita.

 

Semoga kita menjadi idola kepada anak-anak.

Semoga kita diingati anak akan kebaikan dan kasih sayang yang dicurahkan sejak kecil.

 

Sekiranya para pembaca ada idea pujuk anak yang menjadi, jangan malu-malu ya, boleh kongsi di ruangan komen di bawah. 🙂

Sekian, salam sayang dari saya. Selamat mendidik anak dengan hebat!

 

-Saif Khalid-