Tag Archives: tanda

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Kehamilan pasti menjadi suatu perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pasangan yang sudah berkahwin. Tak kira lah sama ada yang baru berkahwin atau yang sudah bertahun-tahun berkahwin. Tambahan lagi buat pasangan yang terlalu lama belum mendapat zuriat dari Allah. Setiap pasangan pasti tak sabar nak tahu tanda-tanda hamil atau mengandung setelah bersama suami isteri. Betul tak?? Saya sendiri dulu tak sabar nak tahu sama ada saya sudah mengandung atau belum. πŸ™‚ Excited lebih! Tahu tak bagaimana kita boleh mngetahui tanda-tanda hamil atau mengandung? Jom kita baca perenggan seterusnya.

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

1) Tidak datang haid (period)

Seorang wanita yang sedang hamil tidak akan didatangai haid sepanjang kehamilan. Ini kerana rahim wanita tersebut telah berlaku proses persenyawaan dan mempersiapkan diri untuk proses kehamilan. Jadi, jangan lah gelabah pula kenapa haid tidak datang. Anda mungkin mengandung! πŸ™‚ Tetapi, untuk kepastian lebih baik berjumpa doktor kerana jika anda tidak didatangi haid, pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Mungkin anda hamil atau mempunyai masalah lain. Jangan lupa untuk mencatatkan hari pertama haid anda yang terakhir. Bukan apa, senang untuk kita kira usia kandungan dan tarikh bersalin nanti. Rajin-rajin lah tengok kalendar ye.

 

2) Mual , loya-loya dan muntah

Menjadi perkara biasa bagi wanita yang sedang hamil mengalami alahan. Antaranya adalah loya-loya, berasa mual dan muntah. Ini merupakan tanda-tanda hamil atau mengandung yang sering berlaku. Keadaan ini dipanggil “morning sickness”. Perubahan hormon di dalam badan menyebabkan wanita hamil mengalami “morning sickness” ini. Keadaan ini mungkin berlaku sebulan, 2,3 4 bulan atau 9 bulan! Ya! Jangan terkejut ya. Ianya adalah berbeza mengikut individu.

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

 

3) Mengidam

Disebabkan perubahan hormon yang berlaku, kadang kala wanita hamil mempunyai keinginan untuk makan sesuatu. Teringin katanya. πŸ˜‰ Mengidam selalunya berlaku pada trimester pertama kehamilan. Tapi, nak cakap pun tak boleh juga. Wanita hamil ni macam-macam teringinnya. Hehe… Selalunya suami akan menjadi mangsa untuk membeli itu dan ini semata-mata memenuhi keinginan isteri yang sedang hamil.

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

4) Sering membuang air kecil

Ianya terjadi kerana pundi kencing ditekan oleh rahim yang semakin membesar. Keadaan ini biasanya akan berterusan selama tempoh kehamilan. Jangan risau dengan keadaan ini. Take it easy! πŸ™‚

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

5) Perubahan pada payudara

Anda mungkin merasai beberapa perbezaan pada payudara anda. Saiz breast dan nipple akan sedikit membesar. Bahagian areola menjadi lebih gelap dan kadang kala mungkin berasa sedikit gatal dan sakit.

 

6) Positif hamil ujian air kencing

Selalu kita panggil UPT. Ujian ini mengukur kadar human chorionic gonadotrophin (HCG) di dalam air kencing. Ianya adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta dan akan meningkat dalam urin dan darah pada minggu pertama kehamilan. Anda boleh mendapatkan alat ujian ini di farmasi berdekatan. Ada macam-macam jenis, macam-macam jenama. Ikut bajet ye beli. πŸ™‚ Patikan anda membaca arahan dan label pada alat ujian tu. Anda akan dapat result anda hamil atau tidak dalam sekelip mata sahaja! Selamat mencuba!

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, bermakna andaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………… HAMIL!! Β Tahniah!

 

Sujud syukur kepada Allah. Dialah yang memberikan rezeki kepada kita. Selepas ini, kita perlu menjaga kesihatan yang lebih baik bagi memastikan badan kita sihat dan mendapat nutrisi yang secukupnya untuk kita dan bayi. Jangan ambil mudah soal kesihatan ya.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor