Tag Archives: testimoni

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada saya untuk merasa pengalaman yang hebat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Sewaktu berpantang anak pertama dulu, saya ada menggunakan set berpantang XXX. Untuk kelahiran yang kedua ini saya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat rasa perbezaannnya! Saya sendiri teruja dengan hasil yang saya perolehi.

 

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Perbezaan yang saya rasa :

Sebelum tu……………. Tonton video ni sampai habis. Macam ni lah perasaan saya waktu berpantang dulu.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

1) Luka jahitan episiotomi cepat baik.

Sewaktu kelahiran pertama, macam-macam petua saya ikut untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Saya juga terpaksa berpantang dari memakan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Risau jahitan lambat baik. Tetapi, untuk kelahiran kedua ini, saya rasa awesome sangat bila luka jahitan cepat sembuh! Seminggu saja rasa sakit luka jahitan dan hilang. Malah luka sembuh dengan baik dan jahitannya sudah mula tertanggal! Alhamdulillah.

 

2) Tidak sembelit

Saya mengalami sembelit yang agak teruk sewaktu kelahiran pertama. Saya terpaksa makan ubat sembelit dari farmasi. Kesannya, anak saya mengalami cirit-birit. Khadijah yang lahir 3.1kg, selepas 10 hari beratnya turun kepada 2.5kg. Allah… rasa bersalahnya saya ketika itu kerana menyebabkan Khadijah cirit. Dia kerap berak. Saya suspect ini berpunca daripada ubat sembelit yang saya ambil. Selepas saya berhenti makan ubat sembelit tersebut, Khadijah sudah tidak berak terlalu kerap lagi. Lega saya rasa. Untuk kelahiran kedua ini, saya mengamalkan pengambilan Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur. Dengan izin Allah, saya tak sembelit langsung! Dan saya tak takut untuk membuang air besar. Dulu, saya takut sangat bila hendak membuang air besar. Mengenangkan luka jahitan episiotomi akan terbuka jika saya mengalami sembelit. Seriau!!

 

3) Lebih bertenaga

Untuk kelahiran kedua ini, saya rasa sangat bertenaga. Sampai ada yang tegur ni orang dalam pantang ke tak? Hehe.. Sebab energetic sangat. Saya perlu menjaga Khadijah dan Muhammad. Malah saya perlu menyusukan dua anak. Ya, Khadijah masih belum bercerai susu. Semasa Muhammad lahir, usianya dua tahun 2 minggu. Dia masih dalam proses bercerai susu. Saya juga dapat bangun melakukan kerja rumah dan menguruskan Khadijah dan Muhammad.

 

4) Susu meriah!!

Disebabkan saya tandem nursing, saya memang memerlukan suplemen yang dapat memberi tenaga kepada saya. Demand untuk susu sangat tinggi. Disebabkan mood saya baik dan positif semasa berpantang, saya rasa seronok sangat dapat menyusukan anak-anak saya dengan baik. Kalau diikutkan memang letih dan stress juga menyusukan 2 orang. Tapi badan saya rasa fresh selalu, jadi bersemangat! Alhamdulillah dapat tandem nursing kali ini.

 

5) Kurang rasa sakit badan

Lenguh-lenguh dan sengal-sengal badan berkurang semasa saya dalam pantang. Saya sakit-sakit badan pun hampir tiada. Dulu, saya rasa stress sangat dengan badan yang letih, menyusukan anak lagi. Lenguh pinggang menyusukan anak. Sekarang, tidak lagi! Alhamdulillah.

 

Klik untuk besar

SET BERPANTANG SHAKLEE

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

Saya suka sangat dengan set berpantang Shaklee ini. Rasa sangat berbeza! Ini testimoni dari saya sendiri. Jika diizinkan Allah untuk mengandung dan beranak lagi, semestinya Shaklee menjadi pilihan hati saya. 😉

 

Nak berpantang dengan Shaklee??

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Saya akan bimbing sebaik mungkin.

Boleh juga klik link ini untuk beli Set Berpantang Shaklee secara online.

 

Sekian.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Puasa dan ESP

Puasa dan ESP

Bulan puasa lepas rasa sangat berbeza kerana Muhammad baru sahaja dilahirkan seminggu sebelum bulan puasa. Ternyata menguruskan 2 anak lebih mencabar. Alhamdulullah atas kurniaan terindah ini. Walaupun penat, nikmatnya terasa.

Bulan puasa yang lalu juga merupakan bulan kedua saya ditugaskan menjadi imam isyak dan tarawih selama sebulan puasa di surau kawasan perumahan saya. Tugas ini sangat berat dan mencabar bagi saya.

Saya berbuka puasa di masjid dan maghrib di sana. Seusai jemaah maghrib, saya akan pulang sekejap sebelum azan isyak berkumandang. Pada waktu inilah saya akan bancuh ESP bersama Performance drink. Ini bagi memastikan saya bertenaga untuk mengimamkan jemaah nanti.

Kadang-kadang saya akan bancuh bersama Meal Shakes. 3 in 1 yang bergelar 3 Mighty Gems set ni sedap rasanya! ESP + Performance + Meal Shakes. 🙂

Alhamdulillah..saya dapat mengemudi jemaah dengan bertenaga sehingga tengah malam. Yelah, meraikan jemaah yang bersemangat ingin bertadarus selepas tarawih dan witir.

Sahur di pagi hari juga saya selalu minum ESP dulu sebelum makan nasi. ESP memberikan protein yang mencukupi untuk kerja kita seharian. ESP bukan sebarangan soya tau. Kebanyakan soya di pasaran – kacang soya di pasar, susu soya di jalanan dan di dalam kotak, tauhu, taukua, tempe dan segala anak beranak soya – umumnya adalah soya GMO. Kacang soya yang telah diubahsuai secara genetik.

Kenapa kita perlu elakkan makanan GMO? Antara keburukannya ialah sistem imun kita terganggu, kita tua lebih cepat dan yang lebih teruk, kesuburan kita akan menurun.

 

Puasa dan ESP Shaklee soya protein

 

ESP pula dihasilkan dari soya bukan GMO. Sebab itu saya sentiasa memilih ESP berbanding susu soya lain.

Performance pula mengurangkan nyah-hidrat dari badan. Jadi takdalah saya kekurangan air ketika mengimami solat. Performance juga bagus untuk orang yang aktif bekerja sepanjang hari.

Meal Shakes memberikan mineral dan zat-zat penting. Namanya pun dah menerangkan kelebihannya. Seperti menghabiskan sepinggan nasi dengan hanya meneguk segelas Meal Shakes.

 

Saya inginkan ESP sekarang!

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Testimoni Nutriferon

Testimoni Nutriferon

 

Anak kedua saya, Muhammad baru berusia 2 bulan 3 minggu hari ini. Alhamdulillah. Kisahnya, sewaktu dia baru sebulan, dia diserang batuk berkahak dan selsema. Ya Allah… Bunyi batuknya yang berkahak itu sepertu batuk orang dewasa. Takut jugak saya dengar. Setiap kalu dua batuk, rasa macam nak korek kerongkong dia bagi keluar semua kahak yang ada. Kesian sangat dengan Muhammad waktu tu. Dengan selsema yang meleleh-leleh. Dugaan buat saya sebagai ibu.

Saya ikhtiar dengan mengambil Nutriferon Shaklee. Sehari saya ambil 1 sachet dan 2 biji Sustained Release Vitamin-C yang dipatahkan dulu sebelum makan. Saya amalkan selama mana Muhammad batuk dan selsema. Tau-tau hari ke4 atau ke5 , batuk dan selsema Muhammad dan lega. Alhamdulillah. Saya pun tak sedar bila hingusnya dah tak ada. Hehe. Bila Muhammad dah tak batuk, saya pun baru sedar “Eh! Muhammad dah tak batuklah”, saya cakap pada suami ketika itu.

Pada masa yang sama, anak sulung saya Khadijah juga mengalami selsema. Kami berikan dia Nutriferon juga. Dia sangat sukakannya sehingga kami terpaksa sorokkan bekas Nutriferon dari dia. Dia suka sangat dengan rasa Nutriferon tu. Hari-hari dia minta. Huhu… Alhamdulillah Khadijah pun baik cepat. Dan sampai sekarang kami masih sorokkan Nutriferon dari dia. Kalau tak, mengamuk dia nak Nutiferon.

Nutriferon membantu meningkatkan imuniti badan seseorang. Sebab itu bila demam, saya ikhtiar dengan Nutriferon. Dengan izin Allah,  demam pun lega.

Ibu yang lepas bersalin juga disarankan untuk mengambil Nutriferon supaya dapat meningkatkan imuniti badan kita. Selepas bersalin, badan menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. Nutriferon juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit selepas bersalin. InsyaAllah.

Ini testimoni Nutriferon yang saya sendiri rasa. Banyak lagi testimoni Nutriferon yang boleh anda semua perolehi dari carian google.

 

Testimoni Nutriferon Shaklee

Nutriferon Shaklee, mengandungi 30 sachet * 1.2g. RM181.25

Ingin dapatkan sekarang? Klik link ini.

 

 

Sekian.

Selamat mencuba Nutriferon.  Rasa sedap, badan sihat!!

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Penawar Resdung

 

Assalamualaikum.

Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah hebat, berkenaan resdung saya yang sembuh dengan cepat selepas makan vitamin Shaklee.

Ramadan lepas, saya terpaksa menelan supplement sebab resdung melanda dengan agak teruk. Saya tak tau la seteruk mana resdung saya berbanding orang lain. Tapi pendek kata susah la nak buat keje. Nak tarawih pun selalu terganggu.

Bahagian tulang dalam pipi saya sakit teruk. Keradangan. Rasa lompong dalam pipi.

Cairan kuning selalu keluar dari hidung. Dah la keluar laju, takda warning pulak. Even tangan ni nak tarik baju untuk lap hidung pun tak sempat. Tau2 dah menitik kat baju.

 

Penawar Resdung Shaklee

 

Last skali orang rumah suruh makan set resdung Shaklee. So saya telan Alfalfa, Vita-Lea, B-Complex & Vita-C.

Resdung saya sembuh dengan cepat! Alhamdulillah.

Radang di pipi terus hilang. Cairan kuning pun beransur-ansur berkurang, sampai takda langsung dah.

Kalau ada antara pembaca mengalami masalah yang sama, saya syorkan supaya makan set resdung ni. Memang sangat melegakan. Takda serabut dengan tisu lagi dah. Sakit tulang pipi hilang. 🙂

 

Set Penawar Resdung Shaklee

Set Resdung Shaklee

 

Sekian. Sihat untuk beramal.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor