Tag Archives: tips

Tips Merancang Perjalanan

Tips Merancang Perjalanan

 

Kali ini kami akan kongsikan cara kami merancang perjalanan.

Perjalanan yang kami maksudkan adalah perjalanan balik kampung untuk beberapa hari bersama keluarga dan menaiki kenderaan sendiri.

Kepada yang berjalan menaiki kenderaan awam seperti kapal terbang, bas, keretapi, juga dialukan untuk teruskan membaca. Mungkin ada beberapa point yang relevan untuk anda.

 

tips rancang perjalanan

 

Persediaan Sebelum Perjalanan

 

Periksa kenderaan

Ini adalah antara persediaan terpenting dalam sesebuah perjalanan. Pastikan kereta anda berada dalam keadaan terbaik. Servis kereta jika telah tiba waktu/batuan yang ditetapkan.

Servis kereta dapat pastikan keselamatan perkara yang tidak biasa dilakukan orang kebanyakan seperti minyak enjin, timing belt, brek, piping, air-cond, dan lain-lain.

Juga periksa perkara berikut;

Angin tayar sesuai dengan tanggungan. Lihat label di sebelah pintu pemandu (yang telah dibuka), ataupun di dalam buku manual.
Air wiper diisi penuh. Sangat membantu ketika keadaan berhabuk atau ketika cermin depan terkena kotoran yang mengganggu pemanduan.
Ruang kabin kereta dibersihkan dari sampah, habuk. Objek yang tidak diperlukan boleh disimpan dalam boot. Vacuum kerusi, lantai, konsol & dashboard. Ini akan meningkatkan keselesaan anda sekeluarga sepanjang perjalanan.

tips merancang perjalanan

Pakaian yang akan dibawa

Minimumkan helaian pakaian yang dibawa. Perjalanan balik kampung biasanya tidak perlukan set pakaian yang banyak, kerana kita boleh cuci pakaian di rumah orang tua dengan mudah.

Lipat dan gulung baju kecil-kecil supaya senang dimasukkan ke dalam beg, dan senang untuk dikeluarkan satu per satu tanpa merosakkan lipatan baju yang lain!

Ia juga menjimatkan ruang. Tiada ruang dalam beg yang dibazirkan. Tip ini berguna jika anda menggunakan beg jenis kotak keras.

 

tips merancang perjalanan

Bagaimana kita boleh pastikan tiada benda penting tertinggal?

Bayangkan dan cuba ingati perbuatan harian kita, dari pagi hingga kita tidur. Apa yang kita buat hari-hari.

Maka kita akan dapat ingati satu per satu benda yang perlu dibawa seperti pengecas telefon bimbit, berus gigi dan segala adik-beradiknya, tali pinggang, sikat rambut, dan lain-lain.

Ketika Perjalanan

Amalkan membaca doa menaiki kenderaan. Dari surah Az-Zukhruf, ayat 13 dan 14. Dekat atau jauh, walaupun hanya pergi membeli nasi lemak pagi-pagi di depan taman, amalkan doa tersebut.

tips merancang perjalanan AzZukhruf13-14

“Maha suci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”

Ini antara tanda adakah kita bersyukur kepada nikmat Allah yang memberikan kemudahan dalam kita bermusafir. Bayangkan kita bermusafir berjalan kaki. Tentu meletihkan dan memakan masa yang sangat panjang!

Dengar hiburan yang membuatkan anda tidak mengantuk. Tak kisahlah apa pun jenis muzik, asalkan anda tidak terhuyung-hayang ketika memandu. Kerana jika kemalangan, anda bakal melibatkan orang lain yang tidak bersalah.

Tips Merancang Perjalanan brain-map

Pengalaman saya, perkara yang membuatkan saya tidak mengantuk, saya akan membaca Al-Quran. Sudah tentu melalui hafalan saya. Jangan melihat mushaf Al-Quran atau smartphone ketika memandu. Walaupun niat itu bagus, tapi ia mengundang bahaya kepada anda dan kepada orang lain.

Ketika mengulang hafalan, otak kita akan menjadi cergas. Sel-sel otak berhubung dengan bantuan DHA. Eh macam iklan susu tepung pula. Bacalah apa sahaja ayat Al-Quran yang pernah anda hafal. Surah pendek atau pun yang panjang.

Tapi pastikan cara ini dibuat ketika anda tidak terlalu letih, kerana ia boleh mengundang bahaya. Sekurang-kurangnya pada pengalaman saya.

Jika anda ingin memantapkan hafalan, boleh pasangkan CD bacaan Al-Quran ketika memandu. Anda boleh menghafaz dalam minda separa sedar.

 

(Selepas) Perjalanan

Kemas rumah sebersih-bersihnya dan sekemas-kemasnya sebelum perjalanan.

Pastikan perkara ini telah dibuat;

– buang sampah
– cuci pinggan mangkuk
– kemas dapur
– tiada makanan dibiar atas meja
– kemas seluruh ruang rumah
– bersihkan halaman rumah
– tutup pintu dan tingkap dan langsir

Kesemua ini akan memastikan anda pulang ke rumah dengan perasaan yang indah. Anda disambut oleh rumah yang kemas. Yelah, letih memandu berjam-jam. Anak-isteri yang tidak memandu juga tidak kurang penatnya. Jika disambut oleh rumah yang bersepah, bersepah jugalah minda kita nanti.

Setibanya anda di rumah, sebelum rehat, minum air kosong dahulu segelas dua.

Selamat beramal!

 

Kongsikan tips anda di ruangan komen di bawah ya! Kami akan hargai. ^^

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Ops! Layak ke saya nak cerita pasal rumahtangga?

Kahwin pun baru tiga tahun.

 

😉

Saya cuba kongsikan pengalaman kami melayari rumahtangga yang baru saja melepasi tiga tahun.

Ya, masih awal. Belum pun lepas fasa lima tahun pertama.

Takpa, semoga tulisan ini dapat terus memberi inspirasi kepada kami dan juga pasangan-pasangan di luar sana.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Allah pesan kepada kita dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (pasangan) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram (sakinah) kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih (mawaddah) dan sayang (rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

 

Untuk kita faham ayat ni, wajib untuk kita berfikir. Kalau tak fikir memang tak nampak, memang tak dapat hargai rumahtangga yang dianugerahkanNya.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

1. Terima baik buruk pasangan seadanya.

Kita perlu syukuri kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Apa yang bagus pada pasangan kita, kita hargai dan apa yang kurang, kita terima seadanya.

Mungkin agak sukar untuk kita ubah kekurangan pasangan kita. (Mustahil barangakali) Tetapi setakat pemerhatian saya, kekurangan seorang suami dilengkapi oleh isteri, dan kekurangan isteri pula dilengkapi oleh suami.

Contohnya jika suami banyak cakap, ia dilengkapi oleh isteri yang kurang bercakap. Bukanlah saya kata banyak cakap itu tak elok. Sifat ini bagus untuk situasi tertentu, dan boleh jadi tak bagus untuk situasi lain.

Jika si suami malas kemas rumah, isteri biasanya akan rajin kemas rumah. Paling-paling pun dia akan terpaksa kemas rumah. Isunya di sini ialah siapa yang lebih dominan kemalasannya akan ‘menyerahkan’ tugas mengemas rumah kepada pasangannya.

 

2. Menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya.

Suami mempunyai hak ke atas isteri. Dan isteri juga punyai hak ke atas suami. Keduanya tidak boleh diabaikan. Ada segelintir suami menganggap hanya suami punyai hak ke atas isteri. Isteri tidak berhak menuntut apa-apa darinya. Tanggapan ini salah.

Bila hak masing-masing ditunaikan, kedua-dua pasangan akan rasa puas hati. Tiada apa yang boleh diungkitkan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Jika hak tak ditunaikan, mulalah nak ungkit sana sini. Betul?

Bagi yang baru setahun berkahwin dan sudah mempunyai cahaya mata, ini juga menjadi satu cabaran hebat! Di sini kita sebagai suami isteri diuji. Sebabnya tugas menjaga anak dan menguruskan hal rumah akan bertambah. Suami hendaklah membantu isterimenguruskan hal rumah seperti membasuh baju, menyidai baju, melipat baju, memasak, mengemas rumah, iron baju, dan banyak lagi. Nampak mudah ke kerja-kerja ni?? Mudah tapi kena saling bantu-membantu. Jangan berkira untuk buat sesuatu kerja.

 

3. Mengiktiraf suami sebagai ketua keluarga.

Saya tak menafikan bahawa wanita moden sekarang ramai yang berkerjaya. Ramai yang berpendidikan tinggi. Ada yang gajinya lebih dari gaji suami. Ada yang berpendidikan tinggi dari suami. Ini bukan bermakna si isteri tak perlu mendengar pandngan dan kata-kata suami. Atau senang cakap, isteri lebih hebat dari suami. Jadi, tak perlu ikut apa yang suami cakap.

Jika si isteri adalah bos kepada suami di pejabat, jika pulang ke rumah, suami adalah bos kepada isteri. Mesti!!

Jika peranan suami sebagai ketua keluarga tidak diiktiraf, bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga? Suamilah yang mengetuai keluarga yang teridi dari isteri dan anak-anak. Hormati keputusan suami. Hormati pandangan suami andai ianya bertentangan pendapat dengan kita. Ingatlah bahawa, mentaati suami adalah suatu perbuatan yang amat mulia wahai isteri.

 

4. Bijak merancang ekonomi dalam rumahtangga.

Walaupun saya tak tahu statistik punca penceraian suami isteri di Malaysia, tapi saya yakin ekonomi atau duit senang cerita, antara punca penceraian rumahtangga. Suami dan isteri perlu bijak menguruskan kewangan. Gaji yang diperolehi dibahagikan kepada keperluan dan hak-hak yang sepatutnya. Jika keadaan mendesak, si isteri dapat membantu mencari duit lebih. Tugas mencari nafkah adalah tugas suami. Tapi, tidaklah menjadi satu kesalahan jika si isteri mebantu kerana kos sara hidup yang tinggi mendesak isteri untuk sama bekerja. Tulis atas kertas. Berapa RM untuk keperluan barang dapur, bayar rumah, bayar kereta, duit untuk anak dan isteri, duit simpanan dan lain-lain lagi. Jangan guna duit untuk membeli benda yang tidak berfaedah. Sebab, fasa awal perkahwinan memang kita perlukan banyak duit. Jangan dibazirkan duit kita.

 

5. Memanggil nama panggilan yang disukai.

Saya rasa fasa awal perkahwinan, mungkin 90% masih memanggil isteri dengan nama manja seperti sayang, anje, baby dan macam-macam lagi. Mungkin mak ayah kita yang sudah 40 tahun usia perkahwinan meremang bulu roma dengar. Hehe… Pangillah isteri dengan nama yang baik. Nama yang disukai isteri. Begitu juga dengan suami. Isteri panggillah suami dengan nama yang disukai beliau. Tak semestinya panggil ‘abang’ saja. Nak panggil ‘honey’ pun boleh. Ahaks! 😉 Bila panggil macam ni, hati yang sedang marah pun boleh cair tau…. tak percaya, cubalah.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

Apa lagi ye tips kebahagiaan rumahtangga untuk fasa awal perkahwinan ini? Banyak lagi jika kita details satu persatu. Cukuplah 5 yang di atas. Ingatlah perkahwinan yang dibina bukan untuk sehari dua, bukan sebulan dua, tetapi sampai syurga. Jadikan perkahwinan kita sebagai lubuk untuk kita suami isteri melombong pahala sebagai bekalan ke akhirat kelak. InsyaAllah. Jika ada masalah, selesaikan dengan baik. Jangan berbalah macam budak kecil. Jangan memendam terlalu lama sampai ianya meletup suatu hari nanti. OK.

Kami pun masih belajar selok belok rumahtangga. Baru 3 tahun berkahwin. Anak sudah dua alhamdulillah. Doakan kebahagiaan kami dan kami mendiakan kebahagiaan anda semua. Ameen..

Sekian, terima kasih.

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

Assalamualaikum w.b.t

Dua tiga hari ni saya sekeluarga dalam keadaan kesihatan yang kurang baik. Sakit tekak, batuk dan selsema. Kalau jumpa doktor, ayat biasa mesti kata “biasa la, musim dia sekarang”. Setiap kali pergi, ayat sama gak keluar. Hehe… Memang sepanjang tahun musim batuk, selsema ni. 🙂

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

Saya jarang sangat berjumpa doktor bila sakit tekak, batuk dan selsema. Selagi boleh cuba cara alami, saya cuba. Cumanya, jangan dibiar berlarutan pulak ya. Takut, kalau 2 minggu berlarutan mungkin boleh ada infection yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Yang ni, mememang disarankan untuk berjumpa doktor. Kalau batuk setakat 3,4 hari tu boleh tahan lah lagi. Kalau 2 minggu, dan tiada tanda-tanda beransur pulih, lebih baik berjumpa doktor ya.

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk (actually, mengurangkan batuk) yang akan saya kongsikan kepada pembaca semua adalha melalui pengalaman saya sendiri dan juga petua-petua yang diberikan oleh masayarakat sekeliling. Lain orang, lain petuanya. Kadang-kadang ada 6 petua, satu pun tak menjadi. Hehe… Kadang-kang 1 je menjadi. OK lah tu kan. Syukur kepada Allah kerana Dia lah yang menyembuhkan setiap penyakit. Kita hanya perlu ikhtiar , berdoa dan tawakkal kepadaNya.

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk :

 

1) Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak

Pharmacist yang tinggal di kawasan perumahan saya bagi advice. Dia pun dapat petua ni dari seorang Tabib Cina. Katanya, makanan berminyak akan menyebabkan kerongkong kita menjadi lebih tidak sihat. Batuk pun akan menjadi lebih teruk.

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

2) Jangan makan ayam! (Bunyi macam ekstrem kan?)

Petua yang kedua ni pun sama juga. Diberikan oleh pharmacist yang dia dapat dari Tabib Cina tu. Katanya, ayam boleh menyebabkan kerongkong kita gatal dan kita akan cenderung untuk terus batuk.

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

3) Kurangkan pengambilan minuman berais

Kalau batuk, saya sebolehnya mengelakkan minuman berais. Minuman berais memang sedap dan nyaman diminum. Tapi, berpada-padalah. Tak tahu kalau orang lain macam mana, tapi jika batuk saya memang elak diri dari minum minuman berais. Kadang-kadang rasa nak tersedak dan terbatuk-batuk. Mungkin keadaaan kerongkong yang kering sewaktu batuk.

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

4) Jangan minum minuman bercoklat, atau apa jua makanan yang mengandungi COKLAT!

Bagi peminat coklat, mungkin anda tidak setuju dengan petua ini. Tapi, petua ini saya perolehi dari doktor yang sering saya consult. Dia seboleh-bolehnya menasihati saya untuk tidak mengambil makanan dan minuman bercoklat. Katanya, coklat boleh menggalakkan batuk. Bagaimana dan kenapa, saya perlu tanya dia secara details.

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

5) Pengambilan madu

Ini adalah raja segala penawar. MADU! Rasanya pun sedap. Ambil hari-hari sebagai makanan tambahan pun bagus. Madu mempunyai khasiat yang banyak. Malah, penghasilan madu itu sendiri sangat unik! Penawar semulajadi yang Allah ilhamkan kepada lebah untuk kebaikan manusia sendiri. Jangan lupa amalkan. Berhati-hati dengan madu tiruan! Cari yang asli sahaja. Sekarang ni ramai pulak yang jual madu tiruan. Sampai kita nak bezakan pun susah.

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

6) Berdoa dan bertawakkal kepada Allah

Sejauh mana kita berikhtiar, Allah lah yang menyembuhkan setiap penyakit. Kita jangan lupa tu. Jangan lupa selalu berdoa kepadanya. Jangan bila dah baik batuk sebab minum madu, pada masa akan datang bila batuk, madu dulu yang dicari bukan Allah.

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk

 

Tips dan Petua Mengurangkan dan Menghilangkan Batuk di atas adalah yang kami sekeluarga amalkan. Alhamdulillah, setakat ini tips-tips ini sangat membantu. Mungkin anda semua mempunyai tips dan petua mengahilangkan dan mengurangkan batuk yang lebih berkesan, boleh kongsikan dengan kami di sini.

 

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai.

Kitalah yang akan menentukan anak itu akan menjadi ASET atau LIABILITI untuk kita.

 

Anak, sebagaimana harta, adalah fitnah untuk kita. (Fitnah = Ujian)

Kalau kita berjaya melalui fitnah tersebut, anak-anak akan menjadi penyebab bagi kita ke syurga.

Sebaliknya, kalau kita gagal melalui ujian tersebut, mereka boleh menjadi penyebab untuk kita diheret ke neraka. Nauzubillah..

 

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Logiknya mudah. Kalau nak anak kita bagus, soleh & hebat, sudah pasti ibubapanya juga perlu jadi bagus, soleh & hebat!

 

Tips#1    Lead by example is the key!

 

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Even kids believe in this

 

Kita adalah contoh mereka.

– jika kita solat di awal waktu, maka mereka juga akan solat di awal waktu

– jika kita rajin kemas rumah, maka mereka juga akan rajin kemas rumah

– jika kita bangun pagi lewat, macam mana anak kita akan bangun awal??

 

Ya, mungkin anda rajin membaca Al-Quran, rajin membaca buku, rajin update blog (ops!), dan rajin macam-macam lagi.

Tapi rajin-rajinlah baca Al-Quran dan solat bersama anak-anak. Jangan sorok-sorok buat amal soleh dalam bilik sorang-sorang. Takda maknanya takut riak depan anak. 😛

 

Doa #1

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Al-Furqan: 74

Terjemahannya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Pastikan kita doa disertai dengan kefahaman. Bukan hafal dan berdoa semata-mata. Berdoa dalam bahasa Melayu yang difahami lebih baik dari doa dalam bahasa Arab tapi tak faham.

 

Tips #2    Bertutur dengan perkataan dan nada yang baik kepada anak-anak.

Sebagaimana Tips#1, anak-anak akan mengikut kelakuan kita. Begitu jugalah segala pertuturan kita.

Jika ibubapa betutur dengan sopan, maka sopanlah tutur kata anak.

Jika ibubapa suka mengherdik, meninggikan suara, maka anak juga akan bertutur sebegitu kepada kawan-kawannya, guru dan kepada sesiapa di sekitarnya.

Kadang-kadang tertinggi suara ketika marah anak? Jangan risau, kita akan belajar dari kesilapan.

Sentiasa berusaha untuk mengawal kemarahan. Bila nak marah anak je, terus ingatkan diri, “Orang yang bijak ialah orang yang boleh mengawal kemarahan.” 

 

 

Doa #2

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Surah Ibrahim: 40

Terjemahannya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

 Dengan terlaksananya solat lima waktu sehari semalam, insyaAllah perkara harian lain juga akan semakin baik dari hari ke hari.

Istiqomahlah, konsistenlah berdoa. Doa kat atas ni baca hari-hari setiap solat. Usaha, doa..lepas tu tawakal kepada Allah.

 

Setakat ni dulu untuk kali ni. Lain kali kita sharing lagi okey.

 

If you find this article beneficial, feel free to pass around.

 

Saif Khalid