Tips Tambah Susu Badan

Assalmualakum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur masih diberikan nikmat iman dan Islam hari ini. Pagi-pagi lagi dah attach dengan Khadijah. Biasalah, ibu menyusu tak kan boleh lari dari menyusu anak kan? hehe… Kali ini nak berkongsi tips atau petua memperbanyakkan penghasilan susu badan. Pengalaman yg tak seberapa. Tapi diharapkan dapat membantu ibu-ibu ya. Ini semua antara tips yang saya sendiri amalkan untuk make sure dapat berikan yang terbaik untuk Khadijah. Sekarang sudah setahun sebulan menyusukan Khadijah, alhamdulillah.

 

1) Tambah masa dan kekerapan

Pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu. Memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran susu. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah. Ibu perlu berdisiplin dan bersemangat kental ya! 🙂

 

2) Minum air yang mencukupi

Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu. Pagi-pagi bangun, saya amalkan meminum air suam.

 

3) Pemakanan seimbang

Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

 

4) Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran susu

Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya.

 

5) Mengambil hormon/supplemen untuk merangsang pengeluaran susu

Terdapat banyak suppliment di pasaran yang dirumus khas bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.

 

6) Berdoa kepada Allah

Kepada ibu-ibu muslimah, setiap apa jua pekerjaan yang kita lakukan, kita banyakkan berdoa kepada Allah. Usaha yang kita buat, tanpa izin Allah, tak jadi jugak kan? Jadi, hanya kepada Dia saja keizinan yg kita harapkan. InsyaAllah. Jangan putus harapan. 🙂

breastfeeding1

Related posts:

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *