Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai.

Kitalah yang akan menentukan anak itu akan menjadi ASET atau LIABILITI untuk kita.

 

Anak, sebagaimana harta, adalah fitnah untuk kita. (Fitnah = Ujian)

Kalau kita berjaya melalui fitnah tersebut, anak-anak akan menjadi penyebab bagi kita ke syurga.

Sebaliknya, kalau kita gagal melalui ujian tersebut, mereka boleh menjadi penyebab untuk kita diheret ke neraka. Nauzubillah..

 

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Logiknya mudah. Kalau nak anak kita bagus, soleh & hebat, sudah pasti ibubapanya juga perlu jadi bagus, soleh & hebat!

 

Tips#1    Lead by example is the key!

 

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Even kids believe in this

 

Kita adalah contoh mereka.

– jika kita solat di awal waktu, maka mereka juga akan solat di awal waktu

– jika kita rajin kemas rumah, maka mereka juga akan rajin kemas rumah

– jika kita bangun pagi lewat, macam mana anak kita akan bangun awal??

 

Ya, mungkin anda rajin membaca Al-Quran, rajin membaca buku, rajin update blog (ops!), dan rajin macam-macam lagi.

Tapi rajin-rajinlah baca Al-Quran dan solat bersama anak-anak. Jangan sorok-sorok buat amal soleh dalam bilik sorang-sorang. Takda maknanya takut riak depan anak. 😛

 

Doa #1

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Al-Furqan: 74

Terjemahannya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Pastikan kita doa disertai dengan kefahaman. Bukan hafal dan berdoa semata-mata. Berdoa dalam bahasa Melayu yang difahami lebih baik dari doa dalam bahasa Arab tapi tak faham.

 

Tips #2    Bertutur dengan perkataan dan nada yang baik kepada anak-anak.

Sebagaimana Tips#1, anak-anak akan mengikut kelakuan kita. Begitu jugalah segala pertuturan kita.

Jika ibubapa betutur dengan sopan, maka sopanlah tutur kata anak.

Jika ibubapa suka mengherdik, meninggikan suara, maka anak juga akan bertutur sebegitu kepada kawan-kawannya, guru dan kepada sesiapa di sekitarnya.

Kadang-kadang tertinggi suara ketika marah anak? Jangan risau, kita akan belajar dari kesilapan.

Sentiasa berusaha untuk mengawal kemarahan. Bila nak marah anak je, terus ingatkan diri, “Orang yang bijak ialah orang yang boleh mengawal kemarahan.” 

 

 

Doa #2

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Surah Ibrahim: 40

Terjemahannya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

 Dengan terlaksananya solat lima waktu sehari semalam, insyaAllah perkara harian lain juga akan semakin baik dari hari ke hari.

Istiqomahlah, konsistenlah berdoa. Doa kat atas ni baca hari-hari setiap solat. Usaha, doa..lepas tu tawakal kepada Allah.

 

Setakat ni dulu untuk kali ni. Lain kali kita sharing lagi okey.

 

If you find this article beneficial, feel free to pass around.

 

Saif Khalid

 

 

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *