Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

Kalau sudah jadi ibu dan bapa, kita tak terlepas dari keghairahan membeli alat permainan untuk anak sama ada masih bayi atau sudah besar. Saya juga membeli beberapa alat permainan untuk anak-anak saya. Berikut merupakan Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak yang saya sendiri titikberatkan.

 

wooden blocks

 

Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

1) Keselamatan

Pastikan anda membeli mainan yang selamat. Selamat dari segi apa? Dari segi bentuknya, bahan yang digunakan, cara bermainnya. Beli alat permainan yang bebas dari bahan kimia berbahaya. Mahal sikit pun tak apa. Janji keselamatan anak-anak kita terjamin. Ada juga alat permainan yang boleh menyebabkan anak kita terdedah kepada bahay kanser dan sebagainya. Be alert! Jangan pandang remeh ye.

 

2) Merangsang minda

Belilah alat permainan yang boleh merangsang minda anak-anak kita. Jangan pula kita beli mainan semata-mata untuk hiburan anak-anak sahaja. Zaman sekarang, sudah banyak pengeluar yang manghasilkan alat permainan yang boleh merangsang minda anak-anak kita. Kalau boleh, beli alat permainan yang boleh anak anda sentuh, picit, susun dan sebagainya. Ini dapat merangsang sensor motor anak anda.

 

3) Mengikut kesesuaian umur

Sebelum membeli alat permainan, pastikan anda membaca label yang tertera. Setiap label alat permainan telah dinyatakan kesesuaian umur untuk bermain. Kadang-kadang ada permainan yang terlalu kecil untuk bayi kerana dikhuatiri bayi kaan tertelan permainan tersebut. Untuk bayi, mungkin alat permainan seperti rattles adalah sesuai untuk mereka. Untuk kanak-kanak pula, jangan pula dibeli alat permainan yang sesuai untuk bayi. jadi terbalik pulak kan?

 

4) Jangan membazir!

Dengan keadaaan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini, janganlah pula kehendak untuk membeli alat permainan anak menjadi satu beban kepada kita. Be creative! Contohnya jika anak kita suka bermain masak-masak, beri besen dan periuk kita pada mereka untuk bermain. Jangan tunggu nak beli set permainan masak-masak baru nak bagi anak-anak main. In fact, anak-anak lagi suka main periuk belanga kita kan? Di sini, kita dah dapat jimat. Tak perlu beli alat permainan dah. Kalau anak kita suka main play-doh, mungkin terlalu mahal untuk kita beli. Again, be creative! Buat doh sendiri. Beli tepung dan jadikan doh. Biar anak main sampai hitam sekalipun. Jimat bukan?? Banyak lagi idea-idea kreatif yang boleh kita fikirkan untuk dijadikan alat permainan anak-anak kita.

 

Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

Alat permainan yang baik adalah alat permainan yang dapata merangsang otak, sensor motor anak-anak. Jangan bagi Ipad , saya ada baca ramai kanak-kanak yang terpaksa menjalani rawatan terapi kerana terlalu lama menghabiskan masa menggunakan Ipad dan yang seangkatan dengannya. Mungkin susah untuk kita buang terus gajet-gajet ini dari anak-anak kita kerana memang ini zaman mereka. Cuba alihkan perhatian mereka dengan bermain alat permainan yang lebih banyak bergerak. Kawal masa mereka menggunakan gajet. Hadkan berapa jam sehari atau anda sendiri mungkin ada jadual tersendiri.

 

Ini sahaja Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak yang saya sendiri lakukan. Mungkin ada lagi tips yang menarik untuk dikongsi bersama kami? Kita sembang-sembang di ruangan komen. 😉

Sekian, terima kasih.

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *