Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

 

Bab uruskan pakaian di rumah adalah antara kegemaran saya di rumah.

Basuh – sidai/jemur – angkat – lipat.

Rasanya hampir setiap hari saya sidai dan angkat pakaian di rumah.

Siapa-siapa yang lalu depan rumah memang akan nampak si suami ini sidai baju pagi-pagi dan angkat baju petang-petang.

Tengahari pun kadang-kadang ada – sebab nak oter mana-mana kain – dan juga terbalikkan kain.

Tak tahulah kalau ada yang kata “isteri dia queen control” ke apa.

 

Motivasi saya cuma satu – Nabi kita jahit sendiri baju dan kasut yang rosak terkoyak.

Nabi Muhammad sangat membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Jadi setakat basuh baju, jemur kain, sidai baju, angkat baju, lipat baju semua tu apalah sangat.

 

Minat Perlu Dipupuk Sejak Kecil

 

Saya dilatih oleh ibubapa supaya rajin buat kerja rumah sejak kecil.

Mempunyai keluarga yang agak besar – 9 beradik – kami dilatih agar berdikari.

Masing-masing diajar supaya lipat baju masing-masing dan susun sendiri baju di dalam almari. Kami selalu membantu ibu sidai baju di jemuran. Yelah, takkan nak harapkan ibu sidai semua kain baju kami yang ramai ni. Lipat baju pulak berapa bakul dah.

Alhamdulillah tabiat itu kekal sehingga kini. Dan sekarang saya selalu bawa Khadijah sidai baju sama-sama. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Betul tak?

 

 

Jadi atas minat yang mendalam ini (Ya saya enjoy sidai baju pagi-pagi ^^), saya banyak belajar teknik bagaimana menyidai kain agar cepat kering.

Ya, matlamat saya ketika menyidai pakaian ialah harus cepat kering! Saya bukan sekadar sidai baju sebab orang lain pun sidai baju, tetapi sidai bagi cepat kering.

Sebab iklim Malaysia kan panas dan lembap sepanjang tahun. Bila-bila masa pun boleh hujan. Dan jika panas sepanjang hari dan tak hujan, pakaian perlu diangkat awal.

Kenapa? Sinaran matahari yang terik akan membuatkan jangka hayat pakaian kita pendek. Pakaian akan lebih cepat luntur warnanya dan lebih cepat mereput.

 

 

Strategi Menyidai Kain

 

Sidai kain juga harus ada strategi. Kerana bila-bila masa boleh hujan.

Kecualilah anda punyai satu sistem bumbungkan-pakaian-secara-automatik-apabila-hujan. Hehe..

 

Bagaimana kain mengering di ampaian?

Pengetahuan saya dalam bidang Heat Transfer amat bermakna bagi saya dalam hal ini. Saya pelajarinya di tahun kedua dalam Mechanical-Automotive Engineering di universiti.

Siapa kata universiti tak ajar cara sidai baju? 😉

1) Bahang panas cahaya matahari

Mendapat cahaya matahari secara terus adalah antara satu bonus dan nikmat Allah di bumi Malaysia ini.

Saya gunakan tenaga haba ini untuk mengeringkan kain dengan efektif. Pastikan bahagian tebal pakaian dihalakan ke-luar, menghadap matahari secara terus.

Kolar dan poket seluar yang tebal dipusing ke arah cahaya matahari.

2) Angin yang bertiup

Di kala cahaya matahari tidak kuat, kita lebih bergantung kepada tiupan angin dalam mengeringkan pakaian. Angin yang kering akan mengeringkan baju secara perlahan-lahan.

Pastikan pakaian diangkat sebelum malam walaupun masih belum kering sepenuhnya. Sebaiknya pukul 6 tu dah angkat kain di jemuran. Sebab angin malam adalah lembap. Jika kita sidai sampai ke esok pun, pakaian akan tetap lembap.

Membiarkan pakaian lembap dalam masa yang lama boleh membuatkan baju dihinggap tahi lalat. Jadi jika ada ruang di dalam rumah, bawa masuk pakaian di waktu malam. Pakaian akan lebih cepat kering!

Bagi memanfaatkan kedua-dua point di atas, perkara berikut harus diambil berat:

— Pakaian tidak berlipat.

— Lengan baju didepakan. Supaya ketiak baju lebih cepat kering.

— Gunakan tali/dawai semaksima mungkin

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah dua tali dawai

Gunakan tali penyidai semaksima mungkin

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah sidai jemur baju kain

Tips: Silangkan baju antara tali-tali. (Rujuk gambar atas) Jika tidak, baju akan merapat sebegini.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah kain berlipat

Leraikan kain yang berlipat

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah legakan ketiak

Terbalikkan baju dan legakan ketiak – kawasan yang lambat kering.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah poket tebal keluar

Keluarkan poket untuk seluar yang tebal.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah sidai jemur baju kain di payung

Gunakan dua kaki payung untuk kering lebih cepat. Juga pusing pinggang seluar ke bahagian luar.

 

 

Cara Lipat Baju Anak Kecil

 

Saya terbaca cara ini beberapa ketika dahulu, dan saya rasakan cara ini sangat bagus. Kenapa saya katakan bagus?

> Tak hilang pasangan baju dan seluar

> Lebih senang ambil dari almari

> Cantik di pandangan

Jom kita saksikan bagaimana.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah lipat dua seluar

Seluar dilipat dua.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

Letakkan baju di atas seluar.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah siap lipat baju dalam seluar

Lipat seluar dan SIAP!

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah susunan baju muhammad khadijah

Susunan baju kakak Khadijah dan adik Muhammad.

 

Tips: Jika seluarnya jenis kecil, seluar akan berada di dalam baju. Dan jika seluarnya besar/panjang, seluar itu akan membungkus baju.

 

Itu saja buat kali ini.

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ia bermanfaat. ^^

 

Saif Khalid

Related posts:

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *