Tips Merancang Perjalanan

Tips Merancang Perjalanan

 

Kali ini kami akan kongsikan cara kami merancang perjalanan.

Perjalanan yang kami maksudkan adalah perjalanan balik kampung untuk beberapa hari bersama keluarga dan menaiki kenderaan sendiri.

Kepada yang berjalan menaiki kenderaan awam seperti kapal terbang, bas, keretapi, juga dialukan untuk teruskan membaca. Mungkin ada beberapa point yang relevan untuk anda.

 

tips rancang perjalanan

 

Persediaan Sebelum Perjalanan

 

Periksa kenderaan

Ini adalah antara persediaan terpenting dalam sesebuah perjalanan. Pastikan kereta anda berada dalam keadaan terbaik. Servis kereta jika telah tiba waktu/batuan yang ditetapkan.

Servis kereta dapat pastikan keselamatan perkara yang tidak biasa dilakukan orang kebanyakan seperti minyak enjin, timing belt, brek, piping, air-cond, dan lain-lain.

Juga periksa perkara berikut;

Angin tayar sesuai dengan tanggungan. Lihat label di sebelah pintu pemandu (yang telah dibuka), ataupun di dalam buku manual.
Air wiper diisi penuh. Sangat membantu ketika keadaan berhabuk atau ketika cermin depan terkena kotoran yang mengganggu pemanduan.
Ruang kabin kereta dibersihkan dari sampah, habuk. Objek yang tidak diperlukan boleh disimpan dalam boot. Vacuum kerusi, lantai, konsol & dashboard. Ini akan meningkatkan keselesaan anda sekeluarga sepanjang perjalanan.

tips merancang perjalanan

Pakaian yang akan dibawa

Minimumkan helaian pakaian yang dibawa. Perjalanan balik kampung biasanya tidak perlukan set pakaian yang banyak, kerana kita boleh cuci pakaian di rumah orang tua dengan mudah.

Lipat dan gulung baju kecil-kecil supaya senang dimasukkan ke dalam beg, dan senang untuk dikeluarkan satu per satu tanpa merosakkan lipatan baju yang lain!

Ia juga menjimatkan ruang. Tiada ruang dalam beg yang dibazirkan. Tip ini berguna jika anda menggunakan beg jenis kotak keras.

 

tips merancang perjalanan

Bagaimana kita boleh pastikan tiada benda penting tertinggal?

Bayangkan dan cuba ingati perbuatan harian kita, dari pagi hingga kita tidur. Apa yang kita buat hari-hari.

Maka kita akan dapat ingati satu per satu benda yang perlu dibawa seperti pengecas telefon bimbit, berus gigi dan segala adik-beradiknya, tali pinggang, sikat rambut, dan lain-lain.

Ketika Perjalanan

Amalkan membaca doa menaiki kenderaan. Dari surah Az-Zukhruf, ayat 13 dan 14. Dekat atau jauh, walaupun hanya pergi membeli nasi lemak pagi-pagi di depan taman, amalkan doa tersebut.

tips merancang perjalanan AzZukhruf13-14

“Maha suci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”

Ini antara tanda adakah kita bersyukur kepada nikmat Allah yang memberikan kemudahan dalam kita bermusafir. Bayangkan kita bermusafir berjalan kaki. Tentu meletihkan dan memakan masa yang sangat panjang!

Dengar hiburan yang membuatkan anda tidak mengantuk. Tak kisahlah apa pun jenis muzik, asalkan anda tidak terhuyung-hayang ketika memandu. Kerana jika kemalangan, anda bakal melibatkan orang lain yang tidak bersalah.

Tips Merancang Perjalanan brain-map

Pengalaman saya, perkara yang membuatkan saya tidak mengantuk, saya akan membaca Al-Quran. Sudah tentu melalui hafalan saya. Jangan melihat mushaf Al-Quran atau smartphone ketika memandu. Walaupun niat itu bagus, tapi ia mengundang bahaya kepada anda dan kepada orang lain.

Ketika mengulang hafalan, otak kita akan menjadi cergas. Sel-sel otak berhubung dengan bantuan DHA. Eh macam iklan susu tepung pula. Bacalah apa sahaja ayat Al-Quran yang pernah anda hafal. Surah pendek atau pun yang panjang.

Tapi pastikan cara ini dibuat ketika anda tidak terlalu letih, kerana ia boleh mengundang bahaya. Sekurang-kurangnya pada pengalaman saya.

Jika anda ingin memantapkan hafalan, boleh pasangkan CD bacaan Al-Quran ketika memandu. Anda boleh menghafaz dalam minda separa sedar.

 

(Selepas) Perjalanan

Kemas rumah sebersih-bersihnya dan sekemas-kemasnya sebelum perjalanan.

Pastikan perkara ini telah dibuat;

–¬†buang sampah
– cuci pinggan mangkuk
– kemas dapur
– tiada makanan dibiar atas meja
– kemas seluruh ruang rumah
– bersihkan halaman rumah
– tutup pintu dan tingkap dan langsir

Kesemua ini akan memastikan anda pulang ke rumah dengan perasaan yang indah. Anda disambut oleh rumah yang kemas. Yelah, letih memandu berjam-jam. Anak-isteri yang tidak memandu juga tidak kurang penatnya. Jika disambut oleh rumah yang bersepah, bersepah jugalah minda kita nanti.

Setibanya anda di rumah, sebelum rehat, minum air kosong dahulu segelas dua.

Selamat beramal!

 

Kongsikan tips anda di ruangan komen di bawah ya! Kami akan hargai. ^^

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *