Baby Makan Sayur

Assalamualaikum, dan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

Hari ni kami nak kongsi sikit apa makanan anak kami yang berusia ~1tahun 3bulan.

Ayah Khadijah dah latih Khadijah untuk makan apa sahaja. Yang paling penting – pelawas. Supaya nanti besar xdelah dia memilih sangat. Bapak dia ni pun memang pemakan sayur dan ulam tegar. πŸ™‚

Akhir-akhir ni Khadijah sangat suka makan asam pedas. Kalau suap selain asam pedas memang susah nak dapat habiskan sepinggan nasi. Tapi bila masak asam pedas, mmg dia duduk depan kita je, tak lari mana dah. Tau-tau dah habis sepinggan.

Jadi terpaksalah kami kurangkan kepedasan asam pedas tu kepada tahap minima. Ye la kan, kesian tengok anak kecik sip-sip kepedasan. Nanti perut pun senang sakit kalau pedas-pedas.

Nak tengok makanan Khadijah?

Tadaa…

Khaidjah makan sayur

Antara makanan rutin Khadijah

 

Agak normal untuk Khadijah makan macam ni. Β Tomato feveret dia. Kadang-kadang blh mkn sampai 2 biji skali makan. Bendi pun sama.

Kangkung celur dia boleh ratah. Kita pun nak kena cicah sambal belacan baru boleh jalan. haha..

Alhamdulillah..Khadijah stakat ni xda skip buang air besar. Once dia dah selesai qada hajat, dia akan cakap kat kita, “itak!” Cerdik sungguh!

Jadi kepada semua yang nak kan anak tak jadi picky eater, rajin-rajinlah makan sayur dan apa sahaja yang berkhasiat depan anak-anak. Supaya dia tengok kita makan, dia pun akan makan sama. Dan latih awal2. InsyaAllah xda masalah. Sekejap je baby boleh adapt.

Until next time. Selamat datang September! πŸ˜€

Related posts:

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *